28 November 2017

Buat Bedak Sejuk Sendiri, Terlebih Rajin Sikit....

Beberapa bulan lepas aku tergerak hati untuk membuat bedak sejuk sendiri. Perkara yang tak pernah lagi aku buat. Masa kecil dulu pernah tengok opah buat bedak sejuk ni. Bedak sejuk ni memang wajib ada di rumah aku ni sejak sekian lama. Kami sekeluarga masih menggunakan bedak sejuk. Sekarang harga bedak sejuk dah mahal. Asyik membeli sahaja, tu yang nak memcuba buat sendiri.

Buat Bedak Sejuk Sendiri, Terlebih Rajin Sikit....
Buat Bedak Sejuk Sendiri, Terlebih Rajin Sikit....
Masa remaja, aku suka pakai pada waktu malam untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh. Bila anak-anak masih kecil, aku selalu guna untuk merawat ruam mereka. Sekarang anak-anak dah besar dan remaja, mereka pula sangat suka menggunakannya  untuk merawat jerawat pasir yang tumbuh di muka.

Sesekali aku pakai juga di waktu malam untuk menyegarkan wajah dan di jadikan sebagai masker. Anak-anak remaja aku pakai campur kulit kayu manis dan sesekali campur limau nipis untuk mengecutkan dan menghilangkan parut jerawat. Aku, sesekali kalau rajin buat masker campurkan bedak sejuk dengan timun atau tomato dan sapukan pada wajah. 



Satu hari tu, 3 bulan lepas, ku rendam satu setengah cawan beras. Mula-mula aku tukar air seminggu sekali. Setelah makin hampir masa untuk membuat bedak, aku tukar air  dalam 3 - 4 hari sekali. Bila dah tiba masa nak buat, Tukar air hampir tiap hari. Pada tahap inilah ramai yang tak suka. Ini sebab apabila beras di peram dengan air telah menimbulkan satu bau yang busuk. 

Anak-anak selalu tanya kenapa dalam cerita mak cun, Manisah selalu kata sebut  bedak mak cun itu bedak busuk.  Itulah sebabnya. Proses pemeraman beras itulah yang di ungkit oleh Manisah. Kini barulah anak-anak faham. Kalau tak buat bedak sejuk ni, sampai ke sudah di orang tak tau... hehe!

Dulu-dulu opah aku rendam beras hingga mereput terus iaitu dalam 6 bulan. Lepas tu, ramas beras  hingga hancur selepas dibuang airnya. Tapi aku dah tak larat nak tunggu selama itu. Lagipun dulu tak ada blender. Jadi, selepas 3 bulan aku dah tak sabar untuk melakukan proses seterusnya. Selepas proses membuang dan menukar air berulangkali, setelah toskan air dari beras, aku blender beras peram itu.

Buat Bedak Sejuk Sendiri, Terlebih Rajin Sikit....


Maka, seterusnya aku dapat satu adunan seperti adunan membuat goreng pisang tu. Adunan itulah yang di titik-titik di atas kain kapas. Boleh guna kain tudung yang bersih. Peralatan untuk menitik itu aku guna plastik biasa saja. Orang dulu guna daun pisang, daun sirih atau apa saja daun yang besar dan di jadikan kelongsong. Dah moden sekarang, aku guna plastik yang telah di potong sedikit sahaja hujungnya. 

Mula-mula tu, memang agak kelakar dengan bentuk titikan bedak sejuk tu. Besar gedabak dan melucukan. Bila dah bermula, dah tau untuk kawal titikan bedak, barulah dapat bentuk yang cantik. Seronok anak-anak menolong menitik bedak sejuk ini. Selain buat yang biasa tanpa campuran apa-apa, satu lagi aku buat campur serbuk kulit kayu manis. 

Selepas dah siap, campurkan dengan hirisan daun pandan untuk memberi aroma wangi pada bedak. Seterusnya jemur bedakdi tengah panas untuk mengeringkan bedak. Untuk rumah yang tak masuk cahaya matahari ini, aku keringkan guna pengering rambut sahaja. Kalau tak ada pengering rambut, tekap-tekaplah sedikit berulang kali dengan seterika untuk mengeringkan bedak. Kalau tak buat macam tu, berkulatlah bedak tu. 

Pemakaian bedak sejuk ini boleh menanggalkan sel kulit mati dan menjauhkan kulit berminyak yang menyebabkan jerawat. Selepas pemakaian bedak sejuk secara teratur ianya pasti menampakkan hasil yang positif seperti kulit yang lembut dan gebu. Bedak sejuk juga menjadi agen kepada pembersihan kulit dan menegangkan kulit wajahJadi, aku akan terus menggunakan dan mengamalkan pemakaian bedak sejuk ini. 

Cara nak pakai.. ambil 2 ke 3 biji... letakkan sedikit air atas tangan dan sebatikan. Kalau nak tamah bahan-bahan lain seperti di beritahu sebelum ini, pada masa inilah. Kemudian boleh la ditepek ke muka. Seeloknya lepas semua orang tidur sapu la bedak sejuk tu kat muka... Takut ada yang terkejut tengok memutih di muka.. yang di sangka hantuuuu!

Pernah cerita tentang bedak sejuk dalam satu entri ni... Nak baca, klik SINI

p/s : Zaman dulu kala mana ada bedak kompak apatah lagi foundation... Inilah mekap utama di orang... :)

1 comment:

  1. Nikmat lain macam bila buat sendiri bedak sejuk sedari awal prosesnya..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...