Bermulanya sebuah blog aku ni secara tak sengaja. Mula-mula buat blog hanya sekadar untuk menjual produk. Selepas tu, bermula pula sebuah blog resepi dan masakan. Tujuan sebenarnya untuk mengumpul resepi dan mencuba resepi baru. Akhirnya barulah bermula sebuah blog yang ini, begaya santai menceritakan tentang kehidupan sendiri, informasi, tips, petua dan apa saja terlintas di fikiran.
Bermulanya Sebuah Blog | Blog Dan Blog lagi... |
Pada permulaan semacam ada banyak cerita nak dituliskan. Tapi perkara yang pasti, aku ni masa tu paling tak suka tunjuk gambar sendiri di alam maya dan blog. Pemalu yang amat aku pada masa tu. Terasa diri ku ni banyak sangat kekurangan dan langsung tak ada rupa. Elemen rendah diri masa tu di level paling bawah sekali. Keyakinan diri apatah lagi...
Oh ya... Aku memang buat blog sendirian berhad sahaja. Maksudnya belajar sendiri dari internet. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Sedikit demi sedikit blog aku ini di bangunkan. Puas juga mencari ilmu di internet untuk menaikkan lagi imej blog. Sedikit demi sedikit dapat tau cara untuk mendapatkan pendapatan dari blog.
Bermulanya Sebuah Blog | Blog Dan Blog lagi...
Aku mula mengumpul teman-teman blogger di alam maya. Akhirnya keyakinan diri mula tumbuh. Mula memberanikan diri, tunjuk rupa sebenar di alam maya. Susah tapi penyudahnya elemen rendah diri dah terhakis. Walau masih rasa tak berani tapi dek ingin meredah cabaran, kuturutkan jua. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Usia dah semakin senja... hurm!
Sekarang job sebagai blogger dah mula menghadirkan diri. Walau tak banyak seperti blogger-blogger yang lain tapi ada jugalah merasa. Kalau banyak sangat job blogger yang dapat pun, bukannya semua boleh aku ambil. Kena tengok tempat dan masa juga. Nanti rumahtangga dan anak-anak terabai, kena marah dengan en. suami pula.
Berkat masuk group kengkawan blogger, pengiklanan adsense pun dah aku dapat. Banyak ilmu juga dapat aku pelajari. Kengkadang job pun aku dapat dari situ. Jadi aku bersukur sangat-sangat dengan apa yang dah aku perolehi sekarang. Cuma kengkadang otak dah semacam susah nak mengeluarkan idea, Terfikir juga, mungkin ini faktor usia?
Tapi takkan ku jadikan ini sebagai penghalang. Korek je lah idea ni mana-mana. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... kan! Setiap usaha pasti ada ganjaran. Tak payah fikir tentang keuntungan semata, fikirkan mesti teruskan mencari idea menulis setiap masa. Semestinya tulis yang bermanafaat dan berilmiah... boleh juga.. huu!
Jom baca pelbagai catatan diriku di SINI
p/s : Jom terus mencari ilham menulis blog... dengan jayanya!
#pic fr google
#pic fr google
Takpe..usia tu bukan penghalang .hihi
ReplyDeleteSelamat berblog sis ;)
Jemput join :)
https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html