27 October 2017

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Kali ni nak kongsi salah satu resepi kegemaran aku dan keluarga. Resepi itu adalah ikan cencaru sumbat kelapa. Boleh juga buat pakai ikan yang lain tapi ikan cencaru sumbat kelapa inilah yang paling kena dengan resepi ini. Dah jemu buat ikan goreng biasa dan buat masak gulai ikan, boleh tukar selera buat macam ini pula. 

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Masak ikan cencaru macam ni, boleh di bakar dalam oven, di bakar dalam kuali, bakar dengan arang, bakar dalam pressure cooker pun boleh. Ada tu juga yang buat dengan sumbat kelapa dalam perut ikan tu dan ikat badan ikan tu dengan benang bagi kelapa tak terkeluar, goreng dalam kuali. Boleh jugak tapi minyak jadi hitam di buatnya.

Kalau bakar dalam oven, tak perlu balut ikan tu, hanya susun dalam bekas berlapik aluminium foil. Kalau bakar dengan arang pula akan nampak dan terasa garingnya. Membakar dengan cara membalut taklah terasa garingnya tapi rasanya tetap sama. Tak ada perbezaan langsung cuma cara masaknya berbeza.


Wangi bau serai, daun kunyit dan kelapa bila bercampur dengan perencah dan ikan bila di buka aluluminium foil apabila dah masak. Kalau bakar dalam oven dan atas kuali dalam 30 minit selepas di balik-balikkan boleh masaklah. Tapi kalau dalam pressure cooker, 15 minit dah masak. Di sini aku kongsikan resepi yang biasa aku buat.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa


Bahan2 :

5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Aluminium foil secukupnya

Cara2 :

Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. Tak  perlulah sampai lumat. 

Cukup hanya bergaul sebati.Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati. Sediakan aluminium foil dan Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. 

Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas alumonium foil. Balut ikan yang dah berisi kelapa itu dengan aluminum foil seperti membalut lepat pisang atau membungkus nasi lemak. 

Bakar atas kuali yang di kecilkan apinya. balik-balikkan sentiasa iaitu dalam 5 minit sekali. Ikut kesesuaian. Selepas 30 minit, Bolehlah di buka bungkusan dan tengok samaada dah masak ke belum. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.

Untuk yang menggunakan pressure cooker, masa menmasak hanya 15 minit. Setkan fungsi manual dan pressure. Dalam 15  minit dah masak. Untuk memastikan dah masak, kena buka bungkusan. Biasanya mesti dah masak.

Ikan cencaru sumbat kelapa ini boleh di makan dengan nasi begitu saja atau pun di buat cicah sambal kicap. Iaitu bawang hiris, cili api potong, asam jawa atau cuka dan kicap digaul rata. Itu saja bahan-bahan resepi sambal kicap yang mudah.

Nak tengok lagi pelbagai resepi dalam blog ini.... klik SINI

p/s : Terasa-rasa kesedapannya gittew... heheh!

5 comments:

  1. pernah buat dulu...lepas tengok rancangan masakan dekat tv =)

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa..akak...biasa SA sumbat sambal...lom try lagi yg kelapa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..lama tak buat ikan cencaru sumbat

    ReplyDelete
  4. sedapnya, weekend boleh la cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  5. Macam resepi rare je ni.. sebab belum pernah cuba try test lagi :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...