Minggu lepas dapat surat dari satu syarikat ni mengatakan aku berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150 ribu ringgit sekiranya mengikuti beberapa langkah yang di berikan. Langkah dan syarat-syarat untuk mendapatkan RM150 ribu itu adalah aku di kehendaki membeli beberapa barangan dari syarikat itu dengan suatu nilai yang diberikan. Cehhhh, nak mengenalah ni, tak relevan langsung!
Peluang Memenangi RM150 Ribu Yang Tak Releven.... |
Barangan yang di tunjukkan dalam katalog di beri tu mahal sekali ganda dari harga di luar. Tak ada satu pun barangan dalam katalog tu menarik minat aku. Juga bukan barang keperluan yang aku inginkan. Jadi, macam mana aku nak berminat masuk peraduan ni. Dah la nak kena beli barang-barang yang mahal dari biasa. Tak ada kualiti pula tu...
Dah tertulis di situ, berpeluang dan bukannya pasti lagi boleh dapat... kan! Untuk aku yang setiap sen pendapatan yang dapat tidak ada lebihan selepas di belanjakan untuk keluarga dan kehidupan. Jadi kalau aku membazirkan duit dengan perkara yang tak tentu pasal, boleh lari bajet dan silap hari bulan kena berpuasa pula sementara menanti mendapatkan rezeki baru.
Peluang Memenangi RM150 Ribu Yang Tak Releven....
Siapa yang tak nak duit puluhan ribu, apatah lagi ratusan ribu tapi betul ke mudah sangat nak dapat rezeki terpijak macam tu. Aku dapat merasakan ini adalah taktik syarikat ini untuk memanipulasi orang ramai demi mendapatkan wang dengan cara memancing menyertai peraduan yang kononnya boleh dapat hadiah durian runtuh.
Untung atas angin je syarikat ini. Memanglah tak nampak macam penipuan tapi mesti besar harapan setiap pembeli barangan syarikat ini untuk menang hadiah. Terpaksalah beli barangan yang entah apa-apa tu dengan harga tinggi. Itu yang aku tak mau, dapat barangan murah yang tak ada kualiti, entah boleh di gunakan ke tak..... !
Aku tak rasa teruja dan berminat dengan peluang ini. Tak rasa aku ni orang yang bertuah untuk memenangi duit sebanyak tu. Pastinya syarikat ini untung besar apabila ramai yang menyertai peraduan ini dan membeli barangan . Dia boleh saja tak bagi hadiah cabutan ini pada sesiapapun. Syarikat dia, ikut suka dialah... kan!
Biarlah aku jadi diri sendiri... Cari dan usaha mencari rezeki dengan bersusah payah akan menjadikan aku lebih menghargai setiap sen rezeki yang ada. Walau pun hidup aku tak sesenang kehidupan orang yang serba ada dan berharta tapi alhamdulillah rezeki sentiasa datang dan mencukupi.
Jadi tak perlu aku nak berharap lebih dari biasa iaitu begitu luarbiasa sehingga boleh mendapat duit terpijak dan runtuh seperti dalam surat yang aku dapat dari syarikat ini. Kalau ada orang lain berminat, biarkanlah. "Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya"... heh!
Nak baca lagi cerita dan catatan dari blog ini... klik SINI
p/s : Surat dari syarikat ni dah sampai kali kedua kelmarin... Tak jemu memujuk dan nak mengenakan aku lah tu... Esok lusa mesti sampai lagi besar punya godaan memujuk tapi buatlah apapun, takkan ada bajet nak aku bazirkan...
ada-ada saja kan nak dapatkan duit dari orang lain...
ReplyDeletekena hati hati lah sekarang ni,
ReplyDeletebyk sangat skim menipu....
pandai depa dok pusing2 nak kenakan orang.. bahaya dimana2 kan skarang..
ReplyDelete