Rupanya ada cara simpan cili api yang boleh membuatkannya tahan lebih lama sambai lebih dari sebulan. Tinggal di bandar macam-mana nak tanam cili api atau ada yang panggil cili padi. Lebih-lebih lagi yang tinggal di rumah tak bertanah macam aku ni. Kalau tidak, tak kisah pun, sebab nak guna boleh terus petik je dari pokok.
Cara Simpan Cili Api Dalam Peti Sejuk Tahan Lebih Sebulan |
Beberapa tahun lepas aku hanya dapat tahu nak panjangkan jangka hayat cili api tu hanya balut dengan suratkhabar lama saja dan simpan dalam peti sejuk tapi hanya tahan dalam seminggu lebih je. Kalau letak saja dalam plastik dan simpan peti sejuk, 4 - 5 hari cili api dah lembik dan membusuk.
Baru ku tahu petua dan cara penyimpanan cili api yang lebih efisyen lagi kini. Caranya iaitu bersihkan cili api dan buangkan tangkainya. Basuh dan tos dan keringkan airnya. Masukkan dalam bekas yang sudah di alas dengan tisu. Kegunaan tisu ni adalah untuk memerangkap kelembapan.
Letakkan sekali dengan beberapa biji bawang putih. Guna bawang putih adalah untuk melambatkan pembiakan bakteria yang boleh meyebabkan cili api membusuk dengan cepat. Boleh tahan sampai lebih sebulan. Pada waktu tu pun cili api dah habis di gunakan... hahaha!
Wah.. bagus sangat petua ni. En. suami kalau membeli cili, tak reti nak beli sikit-sikit. Macam nak kenduri satu kampung di buatnya. Tahulah dia suka makan masak lemak cili api. Kalau boleh, pada dia, hari-hari nak ada masak lemak cili api. Itu sebab asyik membeli cili api je kerjanya.
Tak terbuang sudah cili api yang telah menjadi lembik benyek lagi. Jadi amat sangat menjimatkan perbelanjaan dan kos. Boleh juga di gunakan untuk penyimpanan cili merah dan cili hijau. Aku jadi teruja pula nak tahu petua dan cara penyimpanan bahan-bahan dapur yang lain.
Nanti nak mencuba buat segala cara penyimpanan bahan dapur yang lain pula. Jika menjadi dengan jayanya, boleh di kongsikan sini. Tunggu sajalah perkongsian dan petua dan cara-caranya. Mesti sangat berbaloi-baloi dan pastinya menjimatkan perbelanjaan dapur.
Nak tengok beberapa petua dan informasi klik SINI
p/s : Jadi suri rumah memang kena kreatif dengan segala cara yang ada.... kan!
#pic fr google (gambar cili api sendiri seciput je..)
#pic fr google (gambar cili api sendiri seciput je..)
Sy dah cuba sbb viral kan.. mmg tahan lama.. klu x rugi je beli n simpan lepastu dah rosak.. skrg tak risau lgi.
ReplyDeleteselalu balut dengan surat khabar dan simpan dalam peti sejuk , tapi tak berkekalan jugak cili padi ni akhirnya ada jugak yang lembek dan berkedut2 . so CCL dah try tips kat atas memang menjadi cili segar seoalah - olah baru dibeli walaupun dah tersimpan lama dalam peti sejuk
ReplyDeletePetua berguna kepada saya memandangkan stok cili api memang tak boleh putus di rumah..
ReplyDeleteThanks for sharing :-)
Yang letakkan bawang putih tu memang baik untuk apa2 yang disimpan dalam peti ais. Memang wajar letak dua tiga ulas dalam peti ais.
ReplyDelete