25 September 2017

Tips Memotong Daging Dengan Betul Agar Tidak Liat Dan Masakan Menjadi Lazat

Memasak dan memotong daging ada cabarannya. Kadang-kadang daging yang di beli penuh berurat dan berlemak jadi sudah pasti kalau salah cara memotng dan memasaknya daging akan menjadi liat dan sukar di makan. Lain lah kalau beli daging batang pinang, urat pun halus dan licin tapi harganya lebih mahal dari daging bahagian lain.

Tips Memotong Daging Dengan Betul
Tips Memotong Daging Dengan Betul

Bukan semua orang tau macam mana nak membezakan urat daging yang mana melintang dan yang mana pula menegak. Lebih-lebih lagi anak gadis sekarang. Rupa urat daging pun tak tahu dan tak pernah tengok. Mana tidaknya, jarang nak menjenguk ke dapur. Dah siap masak saja tiba-tiba dah duduk kat meja makan. Itulah realitinya.. hmmm!

Kali ni aku nak kongsi cerita cara-cara memotong daging pada yang belum tahu dan yang tak pernah ambil tahu pasal ni. Jangan tak tahu, dengan cara memasak yang betul, rasa masakan dan makanan  pun akan menjadi lebih sedap dan lazat walaupun yang di masak tu resepi yang biasa-biasa je... tau!

Tips Memotong Daging Dengan Betul Agar Tidak Liat Dan Masakan Menjadi Lazat


- Sebelum daging di potong, buang dulu lemak atau serat  berwarna putih yang menempel pada daging. Yang beewarna putih tu lah. (Kalau tak di buang gigi pun boleh patah, apatah lagi gigi palsu)

- Potongan yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging. Potong dengan cara urat daging melintang. Kalau tersilap potong ikut urat tu, memang liat sesangat lah daging tu nanti.

- Cara mudah memotong daging ni dengan senang adalah sewaktu daging separa beku. Urat daging akan lebih senang di lihat dan senang untuk di potong.

- Untuk lebih jelas, boleh lihat gambar yang di sertakan.. sebab ramai yang terkeliru dan kurang pengetahuan cara memotong daging dengan betul ni.


Ada pula cara melembutkan daging yang liat selain dari cara-cara di atas. Pada para isteri yang baru berkahwin mesti mencari pelbagai cara nak memikat hati suami dan mak mertua dengan belajar memasak walaupun semasa belum berkahwin segan nak ke dapur. Jadi boleh gunakan tips ini... hehe!

- Cara yang paling mudah dan moden, gunakan pressure cooker.

- Cara lain, rice cooker pun boleh, tapi  ambil masa lebih lama.

-  Rendam daging dalam air teh pekat, 30 minit sebelum proses memasak. Bahan dalam teh dapat melembutkan daging.

- Rendam sejam dalam air hirisan halia, enzim proteolitik dalam halia boleh meleraikan ikatan protin daging supaya lebih empuk

- Pukul daging dengan  meat tenderizer, yang stainless steel kepala segiempat tu. Tak ada meat tenderizer pukul dengan rolling pan pun boleh... hahaha!

- Masukkan sudu dalam masakan daging. Jangan masukkan sudu plastik pula. Sudu besi yer... Dipercayai sudu ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.!

Ada banyak lagi petua dulu-dulu yang di percayai dapat melembutkan daging seperti memasukkan daun nangka, batang ubi kayu, daun pisang, daun betik, tebu dan ada beberapa benda lagi. Tapi ada juga petua agak tak masuk akal dan rasanya berbahaya iaitu dengan menggunakan panadol. Kalau ada yang alah dengan ubat.. bahaya tu..!

Walaupun  sedap dimakan dan salah satu sumber protien , kurangkan pengambilan daging dalam diet seharian untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah kesihatan. Antara kesan pengambilan daging secara kerap dan berlebihan adalah penyakit jantung, kalesterol tinggi, risiko kanser usus, gangguan sistem pencrnaan dan beberapa lagi.

Untuk dapat lebih lagi tips dan informasi di blog ni, klik SINI

p/s : Jadi, makanlah daging berpada-pada... Tapi kalau makan rendang daging yang sedap, lupa tak hinggat... hehe!

#kredit FB Farah Ramly

3 comments:

  1. terus terang kan... aida sejak ada pressure cooker baru la rajin masak daging tau :)
    sebelum tu haraaammm nak masak daging. setahun sekali kot.
    sebab nak kasik empuk. takut salah potong... hu hu hu...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...