04 September 2017

Sup Tulang Daging Korban 2017

Pada hari raya Aidiladha ritu... sehari sebelum raya aku dah siap masak nasi impit, kuah kacang dan rendang daging campur hati dan paru. Itulah hidangan raya kami sekeluarga. Buat banyak juga... rasanya lebih dari kebiasaan. Tapi, menjelang tengahari dah hampir selesai juadah semua tu. Jadi, tengahari raya tu sebelum jumaat, en suami bawa daging korban dari surau. Selain daging korban ada juga satu plastik tulang.

Sup Tulang Daging Korban 2017
Sup Tulang Daging Korban 2017

Apa lagi setelah berfikir sekejap, aku nak buat sup ajelah. kalau nak buat rendang mana nak cari kelapa atau santan segar. Apatah lagi bahan-bahan yang lain. Bahan dan rempah-rempah buat sup semuanya dah ada tersedia. Yang tak ada cuma daun sup ajelah. Tak apa lah.... Janji menjadi dan boleh di makan. 


Buat sup ni bukannya susah... main campak-campak je bahan. Kalau masak secara biasa nak merebus tu makan masa 3 - 4 jam juga untuk melembutkan daging dan menanggalkan isi daging dari tulangnya. Tapi, pressure cooker philips tu kan ada. Gunakan ajelah... Cepat dan pantas sahaja memasak sup tulang ni dah tersedia. Mana-mana pressure cooker pun boleh guna juga sama je fungsinya. Jomlah aku letak resepi kat bawah ni...

Sup Tulang Daging Korban 2017


Bahan-bahan:

5 ketul tulang daging korban
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji kentang 
1 paket sup bunjut
2 sudu besar rempah sup
I batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng (jika ada)

Cara-cara: 

Tulang daging di bersihkan. Kentang di buang kulit dan di belah empat atau enam. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Boleh juga di tumbuk tapi kali ni hiris je. Tumiskan bahan hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga bahan hiris kekuningan. 

Selepas tu masukkan rempah sup bersama sedikit air. Kacau sehingga hampir garing. Selepas tu masukkan tulang daging. Kacau sebati. Masukkan pula air secukupnya. Ikut kehendak sendiri nak banyak mana air tu tapi pastikan air meliputi seluruh tulang daging tu.

Sup Tulang Daging Korban 2017
Sup Tulang Daging Korban 2017

Selepas tu, bolehlah di tutup dan gunakan fungsi pressure untuk daging selama 30 minit. Oh yer, tadi waktu menumis gunakan fungsi stir fry. Selepas 30 minit, buka penutup baru masukkan kentang  dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gunakan fungsi pressure kembali selama 3 minit untuk melembutkan kentang. 

Selepas tu, boleh lah di hidangkan sup tulang untuk di nikmati. Jika ada daun sup dan bawang goreng bolehlah di tabur atas. Kalau tak ada, makan ajelah... hihi! Prosess memask dalam masa 30 - 40 minit dah siap apabila menggunakan pressure cooker. Daging pun lembut  sangat untuk di kunyah. Kalau cara biasa makan masa 3 - 4 jam untuk siap.

Berselera sungguh kami sekeluarga makan tengahari tu berlaukkan sup daging korban. Menjelang malam sup pun dah licin seperiuk. Memang sedap sup daging korban yang betul-betul segar baru di sembelih. Terasa sangat kesegaran dan kemanisannya. Nak rasa macam ni lagi , tunggu raya tahun depan pula... . 

Oh yer...  kalau nak tengok resepi lagi di blog ni.... klik SINI

p/s : Itulah antara kenangan raya Aidiladha tahun ni... :)

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...