01 September 2017

Selamat Hari Raya Aidiladha .... Maaf Zahir Batin

Baru dan masih terasa menyambut Aidilfitri... kini Aidiladha pula menjelma. Pada sesiapa yang tak puas menyambut raya lepas... Boleh sambut lagi raya Aidiladha dan beraya puas-puas. Sehari sebelum raya semalam dah tengok kat tv jalan jammed berjam-jam di lebuh raya. Huh... aku pula yang terasa penatnya. 

Selamat Hari Raya Aidiladha .... Maaf Zahir Batin
Selamat Hari Raya Aidiladha .... Maaf Zahir Batin
Sebenarnya aku beraya kat rumah je. Tak kemana-mana. Ada juga aku buat juadah hari raya makan dengan anak anak-anak iaitu rendang daging campur hati dan paru. Selain tu kuah kacang dan nasi impit. Inilah juadah wajib yang mesti ada setiap kali hari raya adilfirti dan aidiladha.

Hari ni rehat je kat rumah.. Esok baru nak gerak balik kampung selatan iaitu Johor... Menghadiri majlis walimatul urus anak buah en. suami. Sebenarnya dah nak masuk puluh tahun juga kita orang tak balik sana. Akhir en. suami balik bila adik dia iaitu bapa kepada anak buah yang nak kahwin ni meninggal. Kiranya hadir kami nanti macam jejak kasih jugalah... 


Bila di sebut raya haji atau raya Aidiladha mesti terbayang daging korban dan orang pergi Mekah. Kiranya raya Aidladha meriah jugalah. Apatah lagi lepas raya boleh dapat daging korban. Boleh buat rendang dan kalau dapat tulang, boleh buat sup. Sedappp....!


Selamat Hari Raya Aidiladha .... Maaf Zahir Batin


Bila memperkatakan tentang korban....  Sudah tentu kisah Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana taatnya dia kepada Allah. Tapi di saat akhir, Allah menukarkannya dengan seekor kibas atau kambing. Sejak itu, setiap Aidiladha ada ibadah dan acara korban. 

Menurut Imam Syafie hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah, iatu sunah yang di kuatkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, baligh, berakal lagi rasyid serta berkemampuan untuk melakukannya baik sedang mengerjakan haji ataupun tidak, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Kepada semua seluruh umat Islam di Malaysia dan nusantara... Selamat Hari Raya Aidiladha .... Maaf zahir Batin. Makan minum tu kena beringat yer... Jangan gelojoh nanti berbagai penyakit dan komplikasi yang datang. Itu je lah.. !!!

p/s: Pakaian yang aku pakai dalam pic di atas adalah baju free sponsor dapat dari  Blink-blink by Seha Beins 769. Baju dari dia ni cantik-cantik belaka tau... !

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha juga kak akma...esok last cuti. hehehe.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...