Beberapa hari sebelum Aidiladha, aku buat kuih bingka ni. Teringin nak makan punya pasal. Maka inilah kejadiannya bila buat menggunakan pressure cooker ini. Sama je dengan buat cara biasa dalam oven tu. Resepi kuih bingka ni aku ambil dari resepi biasa dan aku buat versi pressure cooker. Menjadi dan dapatlah aku melepaskan rasa kempunan yang ada .... hehehe!
Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker |
Mak kat kampung biasa buat menggunakan acuan yang ada bulat di tengah tu dan letak terus atas api dapur gas yang paling kecil. Tapi aku pun tak tahu kat mana nak dapatkan acuan macam tu. Biasanya aku buat kuih bingka dalam oven saja. Inilah pertama kali aku buat guna periuk tekanan @ pressure cooker ni.
Aku malas nak keluarkan oven pun sebenarnya. Dah lama oven terperuk kat ceruk bilik. Lagi pun, periuk tekanan atau pressure cooker kan tengah hot dan viral sekarang ini. Akhirnya menjadilah kuih bingka dengan segala kejadiannya. Aku buat manis-manis buah saja. Itu sebab elok buat sendiri. Boleh tentukan kemanisan yang di kehendaki.
Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (1 kotak santan kecil campur air)
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan air pandan
2 sudu besar mentega/marjerin
1/2 sudu teh garam
Bijan untuk tabur
Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker |
Cara :
Campurkan kesemua bahan dan blend kesemuanya kecuali bijan. Tapiskan adunan untuk mengelakkan adunan berketul-ketul. Lengser kawasan dalaman pressure cooker dengan minyak dan tuang adunan yang telah di tapis. Tabur bijan di atas adunan.
Setkan pressure cooker dan letakkan ke fungsi membakar atau bake. Ada pressure cooker letak fungsi manual atau steam. Mana-mana pun boleh. Setkan waktu membakar selama dalam 30 - 35 minit. Kalau bahagian bawah tak cukup garing, ulangi prosess membakar 5 -10 minit lagi. Dah siap, sejukkan dulu baru dipotong.
** Aku buat ni tak letak air pandan hanya pewarna hijau campur esen pandan. Jadi air esen pandan secawan dan setitik dua pewarna hijau je lah jadinya... hihi!
Apapun, siap jugalah juadah bingka pandan pada hari tu untuk di buat juadah minum petang. Orang kampung aku panggil kuih bingka tu kuih bengkang. Entah macammana lah dapat nama tu. Aku pun tak faham. Uhhh... nasib baik kuihnya sedap.
Nak lihat resepi yang ada di blog ni.. klik SINI
p/s: Lepas ni bolehlah buat kuih bingka pelbagai versi lagi macam bingka jagung, bingka susu, bingka ubi, bingka labu dan macam-macam lagi... ya tak?
yang penting dapat makan banyak..puas hati kan!
ReplyDeleteboleh buat kuih rupanya dengan presure cooker ni
ReplyDeleteAlahai sedapnya. Nak dtg rumah bawa pinggan boleh
ReplyDelete