27 September 2017

Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru

Apabila periuk kesayangan bocor memang bercintalah nak beli yang baru.  Apatah lagi periuk bocor tu adalah periuk kesayangan yang hari-hari di gunakan. Barang-barang seperti periuk ni apabila dah lama di gunakan lambat laun akan rosak dan berlubang. Tak boleh nak di elakkan lagi bila dah lama dan buruk tapi selagi boleh nak menjimatkan kos, mesti nak cuba perbaiki apabila periuk bocor dah... 

Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru
Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru
Ada tips dan petua yang telah di amalkan sejak dulu kala yang boleh memanjangkan jangka hayat periuk belanga tu. Tips dan petua ini sangat berkesan sehingga periuk itu boleh di gunakan lagi bertahun-tahun lamanya.  Sampai tak sedar yang periuk itu pernah bocor sebelumnya. Tak membazir sebab bertahun-tahun tak payah fikir nak beli periuk baru. 


Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru


Caranya senang saja iaitu dengan menggunakan kapur makan yang biasanya di gunakan makan dengan daun sireh dan buat kuih tu. Sapukan saja kapur makan itu di tempat yang bocor di dalam dan di bawah periuk iaitu di bontot periuk. Cuma pastikan ia melitupi tempat yang bocor tu. Panaskan sekejap di atas dapur. Selepas tu, periuk boleh di gunakan semula seperti biasa. 

Di jamin tak bocor sebab kapur di perbuat dari karang laut yang bersifat keras. Cara menggunakan kapur dah biasa aku guna untuk periuk belanga aku di dapur. Sangat berkesan menggunakan petua ini. Ada satu cara lagi yang aku jumpa di internet. Ini boleh di gunakan kalau tiada kapur makan tu. Iaitu menggunakan kulit pisang. 


Panaskan dahulu periuk dengan api kecil, selepas tu tonyoh-tonyohkan kulit pisang itu berulang kali ke tempat yang bocor. Biarkan seketika di atas api dapur. Periuk yang bocor boleh di gunakan berkali-kali. Ini di sebabkan getah dari kulit pisang telah melekat dan menutup kebocoran periuk itu. 

Jadi jangan buang dulu periuk bocor yer. Gunakan petua di atas, pasti periuk tak bocor lagi dan menjimatkan kos serta tak membazir sebab boleh di gunakan lagi. Harap perkongsian ini memberi manafaat pada semua yang membaca... yer!

Nak tau lebih banyak petua... klik SINI

p/s : Boleh je guna stiker aluminium tapi nak gunanya seciput tapi kena beli segulung. Melibatkan kos juga tu. Cara mudah, gunakan bahan di dapur... kan!

6 comments:

  1. tip yang berguna. jimat periuk tak yah beli baru. terima kasih untuk tip

    ReplyDelete
  2. Dapat ilmu baru hari ni. Boleh la try. Zaman ekonomi gawat ni memang kena pandai berjimat cermat.

    ReplyDelete
  3. Tak sangka boleh baiki.. Biasa orang beli baru je kan

    ReplyDelete
  4. Petua ni boleh guna untuk kuali bocor tak kak?

    ReplyDelete
  5. periuk / kuali umah aida xde yg dah lama, sampai bocor.
    jarang sgt guna periuk gitu.
    umah mak ada berlambak.
    now da ada pressure cooker, lagi lah tak guna periuk or kuali byk sgt.
    anyway, ni sesuatu yg bermanfaat.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...