03 September 2017

Majlis Penyatuan Dua Hati Siti Rafizah Dan Azlan

Dah lama sangat tak pulang ke kampung en suami yang kedua iaitu di Batu Anam Segamat Johor. Agaknya dah hampir 10 tahun lebih. Biasanya kalau balik kampung belah en suami kat Rembau je. Semalam aku sekeluarga telah pergi  menghadiri majlis perkahwinan @ majlis penyatuan dua hati anak buah en suami di sana. Wah... seronoknya dan meriahnya majlis penyatuan dua hati Siti Rafizah dan suaminya ni.


Kampung en. suami yang ini ramai orang-orang tua yang dah tak ada. Adik en suami iaitu bapa kepada pengantin yang tinggal di sana pun dah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Walau dia dah tak ada, ikatan pertalian keluarga masih akrab. Itulah sebabnya kami hadir disana semalam. Seronoknya jumpa adik beradik dan anak-anak pun sangat gembira dapat jumpa sepupu-sepupu yang dah lama tak jumpa dan ada yang baru di kenali masa tu.

Majlis Penyatuan Dua Hati Siti Rafizah Dan Azlan


En. suami pun sangat gembira kerana dapat jumpa dengan saudara mara yang dah lama tak bertemu. Hubungan en suami dengan kampung ni agak complicated sikit. Aku ringkaskan sikit je lah... di kampung ni, emak en suami tinggal selepas berkahwin dengan bapa tiri en. suami. Dia di besarkan di Rembau tapi ada waktu-waktunya seperti cuti sekolah en. suami akan tinggal di sini.


En. suami ada 5 adik satu emak yang di besarkan di sini. Ada juga kakak dan abang iaitu anak kepada bapa tiri. Itu belum lagi saudara sepupu sebelah bapa tiri  tu. Hubungan en. suami dengan mereka semua memang rapat sejak dulu. Itulah menjadikan separuh dari orang kampung tu saudara mara en. suami.... Huhu!


Masa kenduri tu, betul-betul juga mengimbau jejak kasih antara beberapa orang anak buah dan sepupu en. suami yang pernah tinggal bersama kami masa di awal perkahwinan kami dahulu. Ada yang dah dapat kerja lain pindah dari rumah kami dan ada yang pindah sebab berkahwin. Adik-adik en. suami pun pernah tinggal di rumah kami dulu.

Ada juga mereka-mereka tu antaranya tinggal tak jauh dari kami iaitu di kawasan lembah klang ni tapi dek kekangan masa dan waktu, susah nak bertemu. Bila ada di majlis ni barulah semuanya muncul dan berkumpul bersama-sama. Entah bila la pula nak bertemu lagi. Di harapkan panjang umur nanti dapat bertemu dengan mereka semua nanti.

Paling kelakar masa nak sampai ke kampung tu, jalan masuknya hanya di penuhi pokok kelapa sawit yang luas. Anak-anak dah hairan, nak pergi masuk kebun pulak. Dah berbatu-batu laluannya baru jumpa kampung. Walaupun begitu, kendurinya  yang sangat meriah dan lauk kampungnya pun sedap-sedap belaka. Entah bila nak kesini lagi... tak taulah!

Nak baca catatan peribadi  di blog ni.. klik SINI

p/s: Letihnya, seharian pergi balik kenduri..... Betul-betul kita orang tak singgah mana-mana lagi. Pergi, sampai kenduri dan terus balik... Tak larat punya pasal!

1 comment:

  1. Bila ada majlis la saatnya berkumpul...alhamdulillah.Meriah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...