Kelmarin dalam group whatssap timbul cerita pasal rempah-rempah masakan ini. Termasuk juga pasal cerita rempah 3 beradik dan 4 beradik ni. Ada juga yang belum tahu rupanya ada istilah macam ni. Kadang-kadang ada resepi yang menggunakan istilah ini pada rempah yang di gunakan. Kalau tak tau, pening juga memikirkan apa ke bendanya 3 beradik dan 4 beradik tu... hehe!
Ketahui Istilah Rempah 3 Beradik Dan 4 Beradik Dalam Masakan |
Rempah 3 beradik dan 4 beradik ni di panggil begitu sebab sentiasa bersama di dalam banyak jenis masakan yang menggunakan bahan rempah. Aku selalu guna 4 beradik ni dalam masakan sup, kari, rendang, kurma, kerutup, masak kicap dan banyak masakan lagi. Kadang-kadang masukkan hanya 3 beradik saja, ikut kesesuaian masakan juga lah.
Biasanya rempah 4 beradik dan 3 beradik ni di tumis bersama bahan tumbuk atau bahan hiris. Oh yer... lupa pulak nak beritahu rempah 3 beradik tu adalah kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan adik beradik mereka yang ke 4 tu adalah buah pelaga yang macam biji limau tu. Ingat orang je ada adik beradik, rempah pun rupanya ada adik beradik juga... hahaha!
Ketahui Istilah Rempah 3 Beradik Dan 4 Beradik Dalam Masakan
Banyak terjumpa dalam buku masakan, tertulis rempah 4 beradik atau 3 beradik sahaja. Pada yang tak tau, pening kepala memikirkannya. Untuk yang tak tau, sila ambil tau. Nanti terkial-kial nak memasak bila tak tau rempah ratus yang nak di gunakan. Nasib baik aku dah tau sejak dulu dan kalau aku tulis resepi mesti tulis terus nama rempah tu sekali.
Tapi ada juga yang tak suka dengan rempah ni. Kalau tergigit, hilang selera nak makan dek rasanya yang pelik. Apa pun, kalau tak ada rempah-rempah ni, kurang rasalah masakan sebab rempah-rempah inilah yang memberi rasa sedap dan wangi pada makanan. Jadi, pada yang tak suka, tak nak tergigit dan terkunyah selepas masakan siap, keluaarkan je lah 3 beradik atau 4 beradik tu sebelum menghidang ... Senang cerita!
Ada juga yang menggunakan istilah 3 sekawan dan 4 sekawan pada rempah-rempah ni... Dan ini benda yang sama jugalah. Nak tengok lebih informasi di blog ni... boleh klik SINI
p/s : Ada satu lagi istilah rempah iaitu rempah 3 serangkai iaitu jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar. Ini pun penting juga dalam masakan... Pening... huhu!
kalau kat sini 6 sekawan...
ReplyDeleteHa ah selalu org ckp tempah 4 badik org faham kan
ReplyDeleteyg 3 serangkai tu aida biasa guna utk sup tulang. tumis darat.
ReplyDeleteand 4 sekawan tu aida mudah beli pek kecik kat family store.
tiap kali gi memang akan beli 1 pek. kalau teringat :)
sekali masak, 1 pek.
dulu kala beli 1 tu 1 pek. ya Allah. bertahun tuh nak menghabiskan nyer ha ha ha :)