22 September 2017

Cara Senang Masak Nasi Goreng Menggunakan Pressure Cooker

Biasanya bila nak masak nasi goreng, kena tanak nasi dulu atau ada nasi sejuk yang berlebihan. Bila menggunakan pressure cooker dah tak perlu macam tu lagi. Boleh terus masak nasi iaitu dengan dan bersama semua bahan yang di perlukan macam masak nasi biasa tapi dalam pressure cooker lah. Menjimatkan masa, tenaga dan sangat sedap seperti masak nasi goreng di dalam kuali... gituuuu!


Mula-mula tu cuak juga. Takut tak menjadi dan rasa tak seperti di harapkan. Aku pernah masak nasi macam ni dalam periuk nasi elektrik yang biasa. Rasanya ada sesuatu yang aku tak suka dan tak sedap. Tapi dengan pressure cooker ni amat berlainan. Rasanya memang sedap dan en. suami pun tak ada komplen apa-apa.  Anak-anak pun kata sedap dan laju diorang makan.

Hari tu, aku masak nasi goreng ni waktu tengahari sebab en. suami tak sempat nak singgah pasar beli barang nak masak seperti di janjikan. Tempat kerja dia ada hal yang mendadak. Tunggu punya tunggu barang nak masak tak kesampaian. Malam sebelumnya dia sibuk juga dan  tak sempat nak bawa aku pergi beli barang masakan. Janji dia nak pergi pasar tak menjadi juga.


Akhirnya aku masak apa yang ada di dapur dan dalam peti sejuk. Itulah kejadiannya, maka terjadilah nasi goreng pressure cooker ni. Sayur yang aku guna untuk nasi goreng ni cuma yang ada di dalam peti sejuk iaitu 1 bekas kecil  sayur lebihan masak sup 2 hari lepas. Di dalamnya ada lobak merah, bunga kobis dan seleri yang dah siap di potong. jadilah...!

Masak nasi goreng ni ikutlah bahan sayuran apa yang korang nak letak. Aku biasa letak kacang panjag, kacang buncis, kangkung, sawi atau kobis bila masak nasi goreng. Tapi kali ni yang itu saja ada dalam peti ais aku ni. Bolehlah untuk resepi campak-campak aku yang serba simple ni. Di sini aku perturunkan resepi yang tak seberapa ini... yer!

Bahan-bahan :

2 cawan beras
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 bji telur
Secawan sayur (anggaran)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu makan kicap
1/4 dari seketul kiub ayam (jika suka)
Segenggam ikan bilis goreng 
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Segenggam ikan bilis goreng 

Cara-cara: 

Bawamg merah dan bawang putih di hiris halus. Sayur di potong-potong dan di bersihkan. Beras di bersihkan dan di sukat airnya secukupnya di dalam bekas (ikut kesesuaian beras). Masukann minyak masak ke dalam pressure cooker dan mulakan fungsi stir fry atau menggoreng.

Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau dan hampir kekuningan. Selepas itu masukkan cili kisar bersama kicap dan kiub ayam. Kacau berterusan sehingga pecah minyak iaitu apabila cili kisar hampir garing. 

Setelah itu, masukkan sayur. Aku masukkan sayur cepat sebab aku guna lobak merah seleri dan bunga kobis. Kalau guna sayur berdaun seperti sawi, kobis, kangkung dan sayur lembut boleh ketepikan sayur tu dulu untuk di masukkan kemudian nanti. Kalau sayur kekacang pun seperti kacang buncis, kacang panjang atau kacang botol rasaya kena masukkan awal juga sebab agak keras.


Kacau, kacau, kacau,  selepas tu pecahkan telur telur ke dalam pressure cooker bersama bahan-bahan tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga telur mengeras dan sebati. Langkah seterusnya, masukkan beras dan air sekali gus. Masukkan garam dan gula dan kacau sekali lagi,

Tutup pressure cooker dan tukar fungsi tekanan dan set selama 7 minit. Apabila selesai, biarkan selama 5 minit. Selepas tu, keluarkan tekanan dan buka tudung dan kacau nasi. Jika menggunakan sayur berdaun lembut, masa inilah kena letak sayur. Jika tak cukup perasa, boleh juga tambah garam. Jangan lupa kacau sebati. Bolehlah di hidangkan bersama taburan ikan bilis goreng. Sedappp!

Nak lihat resepi masakan aku di blog ini... klik SINI

p/s : Alhamdulillah, rasamya tak mengecewakan. Untuk pengetahuan, aku guna pressure cooker jenama philips. Tapi, jenama apapun pressure cooker tu, penggunaannya sama je... yer!

4 comments:

  1. alamak terliur dah kita😭 senangnya kalau ada pressure cooker

    ReplyDelete
  2. sekarang ni kan....pressure cooker mesti kena ada satu kan kat umh...penting juga tau..sng nak masak...

    ReplyDelete
  3. Sedapnye kak.. senang je Kan guna pressure cooker

    ReplyDelete
  4. ada la 3-4 kali aida masak nasi goreng guna pressure cooker.
    tak brape sedap. anak-anak tak gemar sgt. tapi boleh la makan.
    now back to normal. goreng nasi kat kuali.
    nak kena ikot citarasa anak-anak. diorang yg makan, kan :)
    ada try mihun. tu jadik. best. happy!

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...