Pejam celik, pejam celik blog ni dah setahun ada domain sendiri. Apabila aku nekad nak melangkah lebih berdaya maju berkecimpung dengan dunia blogger ni.. aku mengorak langkah dengan menjadikan blog ini ada domain sendiri. Seterusnya aku berkejaya sepenuh masa dengan dunia blogger ni Ada domain sendiri baru blog boleh berdiri kukuh di samping blog-blog yang di kenali ramai tu.. tak gitu!
Selepas Setahun Blog Ada Domain Sendiri ... Dah Renew Untuk Setahun Lagi ...! |
Domain blog aku beli di Syokhost atas saranan sifu blogger yang di kenali ramai iaitu Hasrul Hassan. Aku siap mesej dia di FB untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Bukannya apa, nak memilih sesuatu kena betul dan dapatkan nasihat pakar. Tak nak lah main buat je. Paling best, blogger Hasrul Hassan sangat-sangat friendly.
Macam-macam hal jadi masa tu. Silap pilih package pula masa tu. Nasib baik dapat nasihat pakar dan admin syokhost pula sangat memahami. Semuanya dapat di selesaikan dengan sempurna. Admin syokhost uruskan semuanya dengan baik. Aku hanya tahu menggunakan blog ni saja. Pasal domain syokhot kan ada... hahaha! Kalau ada yang nak macam aku ber domain blog dengan syokhost boleh klik SINI
Selepas Setahun Blog Ada Domain Sendiri ... Dah Renew Untuk Setahun Lagi ...!
Aku berblog ni bukan sehari dua tau, iaitu dari tahun 2010 lagi. Walau ada pasang surut aku berblog ni, tapi aku tak pernah berhenti menulis di blog. Dulu-dulu pendapatan dari blog cuma mengharapkan nuffnang dan sedikit dari blog review. Sekarang dah ada adsense. Sebelum ada domain beberapa bulan sebelum tu aku dah ada adsense hosted.
Bila blog dah ada domain sendiri, kena ambil akaun penuh adsense. Lama jugalah aku mohon baru bulan lepas dapat akaun penuh setelah berpuluh kali membuat permohonan. Masa tu ada beberapa blog aku yang masih tak buat domain je ada adsense. Itupun dapat dua ke tiga sen je. Sekarang ni barulah seronok tengok adsense mencanak naik. Harap-harap beberapa bulan lagi bolehlah menuai hasil adsense yang pertama.
Sejak ada domain sendiri, barulah banyak sikit kerja-kerja review singgah di blog ini. Food review ada sekali sekala. Aku pilih yang berhampiran dengan tempat kediaman saja. Kalau jauh tu payah sikit nak pergi kemana-mana. Apapun selagi mata tak rabun, tangan tak parkinson dan otak masih berdaya meluahkan idea, aku akan terus menulis dan menulis sampai kebas... gittew!
Nak baca catatan pengalaman aku di blog ini klik SINI
p/s : Kebetulan selepas ada domain sendiri tahun lepas , aku join group #afbdotmy... tambah bersemangatlah nak up blog.. hihi!
Tahniah Noor Akma dqh setahun pakai domain.
ReplyDeleteMoga terus sukses berbelog.
Kan bila rasa ada domain sendiri, rasa macam semangat je nak berblog hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga terus success ya..
ReplyDelete