Patutlah orang-orang tua dahulu umpamakan membela kerbau sekandang lebih senang dari memelihara seorang anak gadis. Aku ada 3 gadis iaitu seorang menginjak dewasa dan 2 orang lagi yang baru menempuh alam remaja. Ragam anak remaja ni macam-macam yang dah di tempuh. Kalau tak ada kesabaran memang tak larat nak melayan karenah ragam alam remaja diorang ni.
Ragam Anak Remaja Yang Sentiasa Merisaukan ... Pantau! |
Pendekatan aku adalah dalam situasi ini adalah dengan menjadi orang yang paling dekat dengan mereka. Sebagai kawan dan teman akrab aku sentiasa cuba mendengar apa saja cerita yang mereka dan beritahu. Walau kadang-kadang ada yang aku kurang gemar, biarkan dulu. Perlahan-lahan aku tunjukkan apa yang salah dan tunjukkan perkara yang betul.
Aku seboleh-bolehnya tak nak asyik marah-marah. Tak nak anak-anak bosan, tertekan dan akhirnya memberontak. Tapi aku serahkan tugas marah dan melarang itu dan ini pada en. suami, kalau mereka ada melakukan perkara yang tidak di sukai. Biar ada timbal balas antara kami. Seorang keras dan tegas dan seorang lagi iaitu aku yang penyayang, lemah lembut, memahami dan sporting.
Risau kami sebagai ibu bapa memikirkan di dunia luar sana macam-macam perkara berlaku. Bukan mudah tanggujawab ibu bapa zaman sekarang nak mendidik anak takut terpengaruh dengan anasir-anasir yang kurang baik. Dunia tanpa sempadan kini sentiasa mencari mangsanya. Aduh..! Setiap detik mesti kena sentiasa peka dengan tingkah laku anak-anak gadis 3 orang ni.. huh!
Itulah antara salah satu sebab aku menamatkan perniagaan di luar dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjadi peniaga online. Biar anak- anak gadis aku ni sentiasa ada di depan mata kecuali ke sekolah dan sentiasa pantau kemana saja mereka pergi. Kalau balik sekolah lambat atau tak beritahu ada tugasan kat sekolah dah kepalang risau sungguh, dah rasa nak pengsan dan pitam di buatnya.. haish!
En, suami mesti akan bengang dan marah siap pergi cari di sekolah tunggu anak balik. Selalunya aku lah yang kena marah dan bebel bila terjadi perkara tu. Mesti sentiasa peka dan simpan juga no. talipon kawan-kawan baiknya serta no. talipon guru kelas dan juga beberapa orang guru yang mengajar anak. Itulah yang aku buat... yang bagusnya anak-anak tau kami sangat prihatin jadi tak adalah diorang berani nak buat hal.
Perkara yang paling merisaukan adalah dari segi pergaulan mereka dengan remaja lelaki. Tarikan dan kecenderungan dan berkawan tu dah menjadi luas. Perkara macam ni tak boleh di tegah dan larang dengan secara paksa. Nanti kan terjadi perasaan memberontak dan menyembunyikan banyak perkara. Lebih baik bimbing mereka, berkongsi cerita dan memahami mereka.
Biar apa yang mereka lakukan dalam pemantauan kita. Suka duka, emosi dan apa saja yang mereka luahkan, dengar dengan sepenuh hati. Selepas tu nasihati mereka dengan penuh kasih sayang dan terangkan pada mereka batas pergaulan antara remaja lelaki dan perempuan. Setakat ni, alhamdulillah anak-anak gadis aku boleh memahami..., biarlah hingga ke akhirnya... Itulah doaku selalu... Amin, amin, Yarabbal alamin!!
p/s: Aku tak nak mengharapkan mereka mendapat keputusan terbaik dalam pelajaran saja... Takut diorang tertekan. Cukuplah jadi anak yang baik dan mendengar kata.. Tapi kalau berjaya, itu satu bonus.. Kan!
Sama ngan SA...anak dara nak kena pantau...diorang tgh remaja ni kan..memang perlukan lebih perhatian
ReplyDeletebetul jiwa tengah muda
ReplyDeletemacam-macam kes sekarang ne kan. Selalu dengar ayah miza cakap jaga sekandang lembung lagi senang dari nak jaga 5 anak perempuan. InsyAllah kak akma doa yang baik-baik jew
ReplyDeleteMemang tugas ibu bapa agak mencabar di zaman2 teknologi ni.. Macam2 benda mudah diakses..
ReplyDeleteMana lagi sikap remaja yang ingin tahu dan suka memberontak.
huhu kena tabah la kan
So true..saya pun sangat rosau even anak saya masih kcil
ReplyDeleteyang sy perasan dulu, anak perempuan yang sentiasa dapat
ReplyDeleteperhatian dari ayahnya kurang sikit ade boyfriend ni. Mungkin sudah dapat perhatian dari lelaki..
Jadi dia tak mengejar perhatian dr bf pulak