07 August 2017

Petua Mudah Bibir Sentiasa Merah, Cantik Dan Menawan

Wajah yang cantik mesti juga di iringi dengan bibir yang sentiasa merah cantik dan menawan. Tapi, ramai wanita  terlupa dengan salah satu aset penting diwajah yang juga perlu diambil perhatian iaitu bibir. Seperti wajah, bibir juga perlu penjagaan yang sempurna untuk mengelakkannya menjadi kering, merekah dan pecah-pecah. Ada beberapa petua penjagaan bibir yang membolehkan bibir sentiasa merah, cantik dan menawan tu. 

Petua Mudah Bibir Sentiasa Merah, Cantik Dan Menawan
Petua Mudah Bibir Sentiasa Merah, Cantik Dan Menawan
Untuk mendapatkan bibir yang merah cantik dan menawan  tidaklah susah mana pun. Petua-petua ini perlu di amalkan selalu agar bibir sentiasa merah cantik dan menawan iaitu dengan adanya sedikit kerajinan dan pastikan jadi satu rutin harian untuk mendapatkan yang anda impikan itu. Hasil yang anda dapat bukanlah dengan sekelip mata tapi ianya akan mengambil masa, jadi anda harus bersabar melakukannya yer...!

Bibir yang menggelupas, hitam dan kering adalah disebabkan kurangnya collagen dalam bibir. Makanan dan minuman yang anda makan biasanya mengandungi bahan kimia yang banyak boleh mengakibatkan kerosakan bibir. Malah kekurangan vitamin C juga menyebabkan bibir kering dan hitam , namun jika pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membuatkan nafas berbau. Oleh itu, terdapat beberapa tips dan petua yang memudahkan anda melakukan penjagaan bibir dengan berkesan.

Petua Mudah Bibir Sentiasa Merah, Cantik Dan Menawan


-  Minum air 8 gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah. Ini biasanya ramai yang dah tahu. Amalkan dan pasti kan yer.

 Jauhi  merokok dan minum alkohol (haram bagi Muslim) kerana rokok dan alkohol mempunyai bahan kimia yang boleh hitamkan bibir.

 Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering . Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.

- Sebelum tidur , buang gincu yang ada dibibir sebersih-bersihnya. Ambil kain lembut atau facial cotton yang basah dan sapu lembut bibir anda.

- Amalkan petua orang dulu-dulu dengan sapukan bibir anda dengan madu lebah untuk mendapatkan bibir yang lembab dan kemerah-merahan.

- Jus lemon yang dicampur madu juga memerahkan bibir kerana jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilseran yang baik untuk kesihatan kulit. Madu pula boleh melembapkan kulit serta bibir kelihatan semulajadi lebih lembap. Untuk hasil yang baik, lakukan sebanyak 2 kali seminggu terutama dalam suhu sejuk dan panas.

- Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan dengan merendam uncang teh tersebut dalam air panas kemudian uncang tersebut dilekapkan pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Ini untuk meningkatkan kelembapan kulit bibir.

- Serbuk kopi di campur dengan madu lebah boleh buat skrub bibir. Selepas sapu pada bibir, bilas bersih. Bagus untuk membuang sel-sel kulit mati pada bibir.

Inilah antara petua-petua yang boleh menjadikan bibir sentiasa merah, cantik dan menawan tu. Tak pakai gincu pun bibir merah jambu cantik menawan tau. Nak tau petua dan info  kecantikan lagi tak? Boleh klik SINI yer...

p/s : Bibir cantik, senyum menawan... :)

#sumber FB
#pic fr google


8 comments:

  1. betul tu..kena amalkan minum air banyak boleh hindarkan dari bibir kring, pilih lipstik yang betul2 boleh merawat dan menjaga tekstur bibir kita...

    ReplyDelete
  2. Nak try pakai uncang teh lah selalu buang jew

    ReplyDelete
  3. Dulu2 saya rajin letak madu kat bibir.. heheh skg kurg2 da.. tapi ada yang kata, bibir hitam punca dari makanan juga..mm

    ReplyDelete
  4. Selalu jilat bibir kalau kering.. patutla mengelap bibir ni :( Terima kasih atas info ;)

    ReplyDelete
  5. CCL selalu apply baseline pada bibir ..kasi lembap sikit

    ReplyDelete
  6. Memang bagus madu lebah untuk bibir. Musim sejuk saya sering letak karna bibir kering kalua sejuk sgt. ^^

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...