29 August 2017

Minyak Angin Jadi Peneman Setia ..... Pening Dan Sakit Kepala

Minyak angin dah jadi peneman setia aku sekarang ni.... Bila sakit kepala, pening, dan sakit tekak inilah jadinya. Sekejap-sekejap sapu minyak angin di dahi, colek sikit di hidung dan ambil hidu-hidu sikit buat bau.Untuk tekak yang perit, sapu-sapu sikit di leher.  Adalah rasa kelegaan serba sikit bila minyak angin di gunakan macam tu. 


Beberapa hari ini badan sangat tak bermaya apabila sakit ini menerjah diri ku. Nak berfikir lebih-lebih buat entri pun rasa tak larat. Mata rasa kuyu nak ketiduran sahaja, Masaalahnya bila pejamkan mata, tak mau tidur pula. Mata terpejam tapi telinga masih terdengar macam-macam dan masih sedar suasana keliling. Jadi, menambahkan pening kepala lagi adalah.

Minyak Angin Jadi Peneman Setia ..... Pening Dan Sakit Kepala


Baik sapu minyak angin bagi mengurangkan kepeningan dan cari kerja yang boleh di buat. Minyak angin biru, minyak angin legen yang aku suka nak sapu di hidung. Bau dia pun taklah kuat dan menyengat sangat. Tak memedihkan hidung dan mata. 

Minyak angin hijau tu lebih kuat baunya. Boleh letak di dahi dan leher tapi kalau letak di hidung agak menyengat sikit di buatnya. Seeloknya campur kedua-duanya untuk memberi rasa yang serasi. Minyak angin hijau ni sesuai juga untuk aktiviti urut mengurut. Baunya yang agak menyengat  lebih jugalah. Dalam ertikata lain lebih panas dari yang biru.


Bila aku dah terlebih pening dan sakit kepala ni... dah jadi alahan loya-loya macam nak muntah pun ada. Mengalahkan orang yang sedang mengandung pun ada. Tapi dah tentu aku tak mengandung... proses dah lama tutup tau. Itulah sebabnya minyak angin ni sangat berguna dan di perlukan.

Ini sakit yang sesekali singgah pada aku. Biasalah, tapi sebab aku ni ada asthma jadi sakit macam ni lebih teruk dari orang yang biasa. Itu sebab kalau boleh, aku nak elak sangat terkena jangkitan sakit ni.Tapi kali ni tak dapat aku nak mengelak dah. Anak-anak dah kena berkali-kali.. Akhirnya aku kena jugak... hmm!

Minyak angin mana.... minyak angin mana... Tak boleh tinggal jauh minyak angin ni dari aku. Walau tak dapat menyembuhkan terus sakit aku ni, dapat melegakan sekejap-sekejap pun jadilah. Moga sakit aku ini akan segera terus berlalu pergi. Dan hidup aku akan jadi seperti sediakala.... amin!

Lihat entri catatan dalam blog ini di SINI

p/s: Selain kedua-dua minyak angin ni... satu lagi benda yang mesti ada kat aku adalah tuala good morning.... !

2 comments:

  1. SA plak kena ada minyak yu yee, fresh care ngan minyak kapak..kalau tak mmg tak lengkap la hidup..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...