05 August 2017

Kulit Pisang Yang Berguna Untuk Kecantikan Kulit Wajah... Jangan Buang Yer!

Pisang yang selalu kita buat cekodok tu selepas di keluarkan isinya jangan di buang kulitnya. Bagus dan berguna untuk kecantikan kulit wajah  rupanya. Bagus sangat kulit pisang ini untuk mencegah jerawat dari tumbuh di wajah. Selepas makan celodok pisang, tenyeh muka dengan kulit pisang tu pula. Jerawat tak akan singgah di kulit muka yang bersih di rawat dengan kulit pisang tau...!

Kulit Pisang Yang Berguna Untuk Kecantikan Kulit Wajah
Kulit Pisang Yang Berguna Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Kulit pisang yang paling sesuai adalah kulit pisang yang benar-benar masak ranum. Biasanya yang dah hampir kehitaman. Nak dapat kulit pisang macam ni biasanya isinya sesuai di buat cekodok atau kek pisang. Selain dapat makan cekodok dan kek berasaskan pisang dapat kulit cantik juga dengan pisang ni.

Mari kita tengok macam mana cara dan gaya memanafaatkan kulit pisang ini untuk kecantikan wajah.


- Ambil kulit pisang yang berwarna kuning atau kehitaman sebab lebih berkesan untuk atasi jerawat.
- Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke wajah yang berjerawat/seluruh muka sampai bahagian dalam kulit pisang yg berwarna hitam
- Gosokkan kulit pisang ke wajah lebih kurang 10minit. 
- Biarkan untuk 30-60 minit sebelum bersihkan dengan air. 

Antara khasiat manafaat yang dapat dari penggunaan kulit pisang ke atas kulit wajah...


-  Kandungan antioksidan boleh kurangkan jerawat dan minyak berlebihan
-  Membantu mengatasi rasa gatal dan iritasi pada kulit yg dapat mempercepat proses penyembuhan
- Membantu mengangkat sel kulit mati, sehingga mencegah risiko datangnya jerawat yang baru akibat penyumbatan minyak disebabkan kumpulan sel kulit mati dimuka. 
- Mampu mencerahkan kulit wajah dan memudarkan merah bekas jerawat. 

Selepas ni berebutlah kulit pisang selepas buat cekodok di gunakan untuk mencantikkan kulit wajah. Nak cantiklah katakan. Jangan malas buat perawatan wajah yer.... Dah macam-macam cara di ajar dengan cara yang berjimat dan berhemat. Tak payahlah beli produk yang mahal dan penuh dengan bahan kimia terlarang tu. Cari produk di dapur sahaja boleh cantik.... huhu!

Nak dapatkan petua dan info cantik terkini dari blog ni klik SINI

p/s : Semoga bermanfaat dan selamat mencuba..... kutip dari petua cantik di FB...


6 comments:

  1. Bestnya...isi makan kulit tempek kat muka...jimat tu =)

    ReplyDelete
  2. dulu rajin la buat sekarang ni pisang dah mahal hahaha

    ReplyDelete
  3. Byk manfaat kulit pisang ni. Isi pisang pun sedap dibuat cekodok. 😝

    ReplyDelete
  4. Wow menariknya bolehlah Cuba nanri. Ada gunanya kulit pisang ni rupanya

    ReplyDelete
  5. Auni auka makan pisang je, walaupun...... tak boleh makan kuantiti yang banyak.. hihi

    ReplyDelete
  6. Betol ke tu? Nak cuba lah nnti.. Bleh jimat tak yah beli kosmetik :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...