Pada penggemar ulam-ulaman daun selom memang tidak asing lagi bukan saja dikalangan orang melayu, malah kini orang Cina, India dan kaum yang lain turut menggemarinya. Daun selom atau nama botaninya Oenanthe javanica ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China. Ianya tumbuh liar dikawasan bertanah lembap seperti paya dan tepi sungai.
Daun Selom Sedap Di Buat Kerabu Dan Sebagai Ulam |
Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz kecil dan berbunga kecil. Rasanya yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat hati pengemarnya. Sedap di buat kerabu atau ada yang panggil urap. Boleh juga di cicah sambal belacan, budu dan cencalok. Tak kisahlah bagaimana cara daun selom ini di makan tapi yang sebenarnya daun selom ini juga mempunyai khasiat dan manafaat kepada kesihatan kita. Antara khasiatnya adalah:
Daun Selom Sedap Di Buat Kerabu Dan Sebagai Ulam
- Mengandungi banyak air iaitu 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.
- Meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser. Caranya: dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagian yang sakit atau terkena gigitan.
- Rebus daun selom dan airnya diminum sebagai penawar demam selesema, batuk, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.
Semalam ada kawan buat kerabu daun selom ni. Dia tunjuk gambar dan siap bagi resepi cara-cara buat kerabu ni di group whatssap. Sebelum gambar dan resepi hilang di telan angin lalu dari handphone, aku nak abadikan gambar dan resepi tu di blog ini. Nanti nak pergi pasar beli daun selom buat kerabu tapi hujung minggu baru dapat pergi. Minta en suami belikan... katanya tak kenal yang mana satu daun selom. hurm!
Resepi Kerabu Daun Selom
Bahan-bahan:
Daun selom
Udang kering
Cili api
Cili Merah
Bawang besar
Kerisik/kelapa parut
Limau kasturi
Cara-cara:
Daun selom di racik kasar. Udang kering, cili api, cili merah di tumbuk halus, Bawang besar di hiris nipis. Gaul bahan tumbuk, bawang besar hiris bersama daun selom dan kerisik/ kelapa parut. Perah limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula. Siap dan boleh di hidangkan.
Semua bahan-bahan ikut banyak yang di pelukan. Tiada specifik banyak mana yang di perlukan. Ikut sesedap rasa sendiri. Nak banyak, nak pedas atau kurang pedas atau nak lebih masam, masin dan manis pun ikut pilihan sendiri.
Dan lagi kalau nak letak belacan pun boleh. Kalau nak letak kerisik pun boleh, kelapa parut pun boleh atau kelapa sangai pun boleh ikut citarasa sendiri juga. Menurut kata kawan yang bagi resepi dan gambar ni semalam, kerisik masih beku jadi dia letak kelapa parut sebab nak cepat makan.
Pokok selom ini senang di biakkan. Ia boleh ditanam di dalam bekas, di atas batas atau pun secara hydroponik. Pokok selom memerlukan tanah yang mempunyai bahan organik dan kelembapan yang tinggi untuk hidup subur. Ia boleh dituai selepas dua bulan ditanam dan tahan tumbuh bertahun-tahun lamanya.
Nak lihat berbagai resepi dan informasi dari blog ini... klik SINI dan SINI Oh yer lupa plak... Nak kredit kat empunya gambar ni... terimakasih ipah bagi izin gambar dan resepi tayang di blog ni.
p/s : Nanti mesti nak tanam pokok selom, senang nak buat ulam dan kerabu. Tunggu rumah siap la...
sedapnya naum pun suka
ReplyDeleteya ampun sedapnya kakkkkkk
ReplyDeleteIni mmg kegemaran saya kak.. kalau Ada ni x pandang sayur lain dah
ReplyDeleteSenang je nak buat kak...nanti nak cuba la..mesti sedap ni kan
ReplyDeleteDaun selom yang orang ramai buat ulam-ulaman tu ya?
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Sedapnya...saya pun suka daun selom ni. Dapar makan ngan sambal...bestnya...
ReplyDelete