16 August 2017

Cara Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat

Kalau dah sakit gigi memang rasa nak marah saja. Nak buat apa saja dah tak jadi dah. Dunia rasa nak terbalik di buatnya. Denyutan sakit gigi tu memang sangat ngilu dan pedih. Yang pernah merasa saja akan tahu akan kesakitan yang di alami. Kelmarin, sakit gigi yang amat dibuatnya. Puas mencari cara menghilangkan sakit gigi ni. Setelah berbagai cara menghilangkan sakit gigi ini di cuba, hari ini ceria semula. Kesakitan gigi dah menghilang di bawa angin lalu... ceh!

Cara Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat
Cara Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat 

Hanya bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kita yang aku cuba buat kelmarin. Tak payah susah-susah mengeluarkan belanja.  Antaranya, garam, bawang putih, asam jawa, bunga cengkih, limau nipis, daun sireh, aloe vera dan tomato pun ada dan boleh di cuba. Nak tahu caranya,  boleh semak kat bawah ini..

Cara Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat 


- Bancuh satu sudu garam kasar bersama secawan air panas. Kacau sehingga larut. Biarkan sehingga suam kemudian kumurlah dengan air larutan garam tersebut. Boleh juga ambil seketul garam dan letak di dalam lubang gigi dan kulum sehingga garam larut sekiranya  gigi berlubang.

- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi anda berlubang, tumbuk bunga cengkih tersebut dan isikan didalam gigi yang berlubang tersebut dan tutup dengan kapas.

- Bancuh air teh panas tanpa gula. Setelah suam, kumurlah beberapa kali. Uncang teh yang masih suam itu  boleh di gunakan untuk di letakkan pada gusi untuk meringankan kesakitan.

- Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Boleh juga di tumbuk lumat. Biarkan sekurang-kurangnya selama 1 jam untuk kesan terbaik.


- Rebus limau nipis yang di belah empat bersama garam dan secawan air  sehingga mendidih. Kemudian biarkan air tersebut suam dan kumur dengan sekerap yang mungkin. Lakukan selalu sehingga sakitnya berkurangan.

- Tomato muda yang dibelah dua, kemudian tampal pada bahagian yang sakit. Setelah itu kumur dengan air setelah kurang rasa sakit. Jika gigi anda dimakan ulat, dengan sendirinya ulat itu akan keluar.

Ambil 10 -15 helai daun sireh tua dan rebus dengan 5-6 gelas air sehingga mendidih. Biarkan sejuk, kemudian tapis dan kumur dengan air sireh tersebut.

- Ambil isi lidah buaya kemudian letak pada tempat yang sakit. Dalam anggaran 2-3 jam insya'allah sakit tersebut akan hilang dengan sendirinya.

- Goreng biji asam jawa tanpa minyak.selama beberapa minit  Tumbuk semua bahan tersebut bersama garam kasar sehingga lumat dan tampal pada gigi yang sakit.

Taklah semua cara itu di cuba kelmarin. Mana nak cari aloe vera dan daun sireh. Asam jawa tu pun tak buat dan limau nipis pun tak ada. Tapi, alhamdulillah gigi dah tak sakit lagi. Nanti kalau datang sakit gigi balik, senang aku nak ingat nak cari balik cara-cara ni. Tengok je dalam blog sendiri... hehe!

Nak lihat banyak lagi informasi di blog ni... klik SINI

p/s : Harap-harap lambat lagi lah nak dapat sakit gigi lagi.... Tak tahan Ooo! Semoga bermanafaat!

#pic fr google


5 comments:

  1. selalu baca bunga cengkih je boleh kurangkan sakit gigi, rupanya tomato blh, asam jawa blh, bawang putih pun boleh.

    ReplyDelete
  2. ai makan ubat je kalau sakit gigi.. serasi pula ubat tu..

    ReplyDelete
  3. Selalu makan panadol je.. sebab dah tak sempat nak buat apa2 >.<

    ReplyDelete
  4. Ada satu teknik tu picit kat sendi tangan dan kaki

    Memang berkesan untuk hilangkan sakit tu sementara

    Cubalah cari di internet

    ReplyDelete
  5. Kena bookmark ni just in case Kan.. Gigi mama pun x berapa sihat ni

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...