22 August 2017

Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...

Antara nama buah yang terdapat dalam Al Quran dan biasa di sebut buah syurga. Buah tin ini di katakan sudah di temui sejak ratusan tahun dahulu. Habitat asal pohon tin berada di kawasan Timur Tengah yang tersebar luas dari sana sehingga ke seluruh dunia. Khasiat buah tin, buah syurga ini sudah cukup luar biasa sekali. Tidak hanya popular di kalangan masyarakat umum saja, tetapi manafaat buah tin juga telah disebutkan dalam Al-Qur'an, tepatnya di surah At-tin 1-2.

Berikut ini firman Allah SWT dalam Al-Qur’an dan hadis berkaitan khasiat buah tin bagi manusia.

” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)

Riwayat dari Abu Zar r.a :-

Nabi SAW bersabda: ' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...'

Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...
Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...

Waktu pertama kali tengok  buah tin ni, memang pelik sangat nampaknya. Macam segumpal kayu kering sahaja. Waktu itu beberapa tahun lepas seumur hidup saya belum pernah mencubanya. Jika dilihat daripada rupa bentuk buah tin kering ini, ia seperti tidak menyelerakan langsung. 

Bila sudah merasainya,  Rasanya masya a'llah!  Seperti rasa semua buah-buahan beri (strawberi, blueberry, blackberry, mulberi dan semua keluarga berry kot)! Sebiji buah tin kering dengan seribu rasa buah berry! Agaknya bagaimana rasa buah tin yang segar ye! Belum pernah rasa dan cuba lagi yang segar. Rupanya buh tin kering ni lebih banyak khasiat dari yang segar. Bagus sangatlah, yang segar pun tak pernah jumpa lagi.

Suka sangat dan telah jatuh cinta dengan buah tin ni. Bila jumpa di mana-mana buah ni, mesti beli lepas tu makan selagi tak habis tak mau berhenti mengunyah. Baru-baru ini dapat harga yang berbaloi nak membeli iaitu sepaket hanya RM3 di outlet jualan produk Arab yang baru di buka di Kompleks PKNS. Apa lagi, tak berhenti makan sampai habis. Nanti boleh beli lagi... hihi!

Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...
Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...

Antara khasiat buah tin yang di temui setelah buat carian di internet

- Mencegah serangan jantung
Buah tin tinggi dengan kandungan kalium yang sangat bermanfaat untuk menurunkan kadar natrium yang berlebihan. Pakar kesihatan mencadangkan makan sebiji buah tin dalam sehari mampu menurunkan risiko serangan jantung.

- Menurunkan kadar kolesterol
Buah tin boleh membuang kolesterol jahat (LDL) di dalam tubuh dengan cara proses ekskresi (dalam bentuk air kencing dan peluh).

- Bagus untuk pengidap diabetes
Kajian menunjukkan bahawa buah tin menjadi sumber yang baik untuk melakukan pesakit diabetes. Ekstrak dari buah tin mampu meningkatkan sensitiviti insulin, dan juga bersifat antidiabetes.

- Mencegah kanser
Buah tin ada zat polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan tubuh untuk mencegah serangan radikal bebas ke dalam tubuh. Konsumsi buah tin mampu mencegah beberapa jenis kenser seperti kenser payudara, kanser serviks, kanser otak, kanser kolon dan pelbagai lagi.

- Mengatasi tekanan darah tinggi
Amalan memakan buah tin boleh menurunkan kadar tekanan darah tunggi.

- Membantu pertumbuhan tulang
Di dalam buah tin terdapat bermacam-macam mineral penting seperti magnesium dan kalsium yang bermanfaat untuk membantu pertumbuhan tubuh dan tulang, agar tubuh boleh menjadi lebih tinggi secara optimal. Kalau tak suka susu, boleh la makan buah tin banyak banyak ok.

- Untuk kesuburan
Buah tin kaya dengan serat yang bermanfaat meningkatkan kualiti sperma lelaki.

- Mencegah tulang reput
Osteoporosis sering menyerang orang yang berumur 50 tahun keatas. Makan banyak banyak buah tin boleh membantu menguatkan tulang sebab kandungan kalsium nya amat tinggi.


- Menurunkan berat badan
Menurut para pakar kesihatan seperti dr. Oz, kandungan serat terlarut yang terdapat di buah tin memiliki fungsi yang cukup penting, iaitu untuk cairkan lemak yang berlebih di dalam tubuh, pastu buang melalui sistem pencernaan dan peluh.

- Mengatasi sembelit
Makan buah tin boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

- Mengatasi susah tidur
Kandungan bahan semulajadi dalam buah tin boleh timbul kan rasa tenang secara alami.

- Membantu mengatasi anemia
Penderita anemia akan merasakan tubuh yang lemas, lesu dan mudah lelah. Bua h tin sangat bermanfaat sebagai penambah darah. Kandungan mineral zat besi menjadi ‘bahan baku’ untuk pembentukan hemoglobin darah.

- Mengatasi masalah buasir
Kajian juga menunjukkan bahawa buah tin bagus untuk pengidap buasir.

- Mencegah perkembangan tumor
Kandungan di dalam buah tin memiliki manfaat untuk mencegah pertumbuhan parasit, kuman, dan virus yang sehingga menyebabkan tumor. Kandungan antioksidan di dalam buah tin juga berperanan untuk mencegah perkembangan tumor di dalam tubuh.

- Meningkatkan imunisasi badan
Kalau terasa nak demam, makan buah tin banyak banyak. Demam segan nak dekat.

- Sakit tekak
Makan buah tin boleh mengurangkan sakit tekak.

- Mencegah kanker prostat
Di dalam buah tin bermanfaat untuk mencegah kanser prostat, terutama pada orang yang berumur diatas 30 tahun.

- Kesihatan dan kecantikan kulit
Buah tin juga kaya dengan vitamin C yang cukup bermanfaat untuk membantu proses regenerasi sel kulit baru, dan mencerahkan kulit.

- Membersihkan pori-pori kulit
Kulit wajah yang tersumbat di pori-pori oleh minyak dan kotoran yang menempel pada wajah, mengakibatkan timbulnya jerawat pada wajah. Makan buah tin untuk bersihkan kulit secara alami.

- Baik untuk ibu hamil
Khasiat buah tin bagi ibu hamil juga amat tinggi sebab pada buah tin memiliki folic acid, serat, protein, kalsium, dan lain lain yang penting untuk pertumbuhan janin di dalam kandungan sang Ibu.

Banyak sungguh khasiat buah tin ini. Sehingga tak terkirakan dah rasanya. Rugilah pada sesiapa yang tak memanafatkan buah ni untuk kesihatan. Rasanya pun sedap dan lazat. Jangan pandang pada rupanya... Lihat pada khasiatnya yer...!

 Informasi yang sangat berguna.... lihat di SINI

p/s : Berangan-angan nak menanam pokok buah ni nanti di teratak yang akan di  didirikan nanti.. dah letak dalam senarai...

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...