03 July 2017

Selamat Hari Jadi Sayang..... Intan Permataku....

Semalam hari jadi anak perempuanku yang paling kecil iaitu dengan kata lain yang bongsu. Tak ada lah buat sambutan apa-apa pun. Sekadar beli sebiji kek dan sambut bersama anak-anak yang lain. Itu pun dah cukup membahagiakan kami sekeluarga. Nampak keseronokannya pada anak bongsu, intan permata pengarang jantung aku ni bila dapat  menyambut  hari jadi dengan sebiji kek walau tak ada majlis apa-apa. Senyum sampai ke telinga... hehe!

Selamat Hari Jadi Sayang..... Intan Permataku....
Selamat Hari Jadi Sayang..... Intan Permataku....

Intan permataku ini bernama Siti Fairus. Ini hari jadinya yang ke13 tahun. Dah besar dah, dah jadi anak dara yang comel. Tapi kemanjaaannya macam anak berumur 5 tahun. Anak bongsu lah katakan. Jangan bagi dia marah-marah dan merajuk tau... Susah nak pujuk ooi... ! Kalau dah merajuk, sehari semalam tak selesai lagi. Abang ngah nya lah yang rajin menyakat dan buat dia merajuk... haish!

Selamat Hari Jadi Sayang..... Intan Permataku....


Apapun, inilah anak yang paling rajin dan sangat prihatin dengan aku. Semua anak di hati aku sama sama saja layanannya. Dah yang ini yang paling bongsu dan manja, jadi nampak macam paling rapat dengan aku. Sebenarnya sama saja layanannya. Kalau buat salah dan tak betul kena marah juga.

Katanya tahun lepas cita-cita nak jadi penulis novel dengan cikgu sekolah tapi sekarang dah tak minat pulak. Sibuk dia tanya aku apa cita-cita yang sesuai dengan dia. Manalah aku tahu... Tapi yang pasti, dia ni banyak mempunyai ciri-ciri seperti aku. Muka dia pun ramai yang kata sangat serupa dengan aku.

Aku tengok minat dia ni lebih kepada kraftangan. Menjahit pun cepat pandai. Tak macam kakaknya yang 2 orang tu. Melukis pun ada skill walaupun tak secantik yang kreatif dan berseni tu. Akademiknya bukanlah tip top dan cemerlang tapi bolehlah di asah lagi bagi lebih bagus. Asalkan dapat menjadi anak yang baik dan kebanggaan keluarga, cukuplah.

Anak-anak yang lain tu pun, begitulah harapanku. Aku tak mahu memaksa anak-anak mendapat tekanan jika sentiasa di asak dengan kehendak ibubapa yang mahu anak-anak cemerlang. Biarlah kemahuan dan kesedaran itu datang dari diri mereka sendiri. Tapi dengan sepenuh nasihat dan pengajaran dari aku dan ayahnya. 

Walau tak ada majlis yang meriah, mummy tau Rus faham kehidupan kita ni yang serba kecukupan je.... hari jadi Rus tetap indah dalam kenangan kehidupan keluarga kita. Moga Rus terus mejadi anak yang rajin membantu mummy dan menyenangkan hati mummy. Jangan lupa jadi seorang yang berilmu... kalau tidak, siapa nak pandang!

Nak baca cerita lagi d blog ini... klik SINI

p/s : Selamat hari jadi sayang, bucuk-bucuk intan permata mummy tu..! Terima kasih juga pada kakak Wawa yang sanggup pergi kedai beli kek...


2 comments:

  1. Happy birthday siti fairus comey.. semoga jadi anak solehah kebanggaan ibu ayah. Besar dah anak awak

    ReplyDelete
  2. Wah.. yang bongsu pun dah besar dh...
    Selamat hari lahir...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...