06 July 2017

Resepi Nasi Arab Cara Paling Senang

Bulan puasa hari tu ada satu masa untuk berbuka. tu, aku cuba masak nasi arab. Biasa makan di kedai mahal betul. Aku buat ni... kombinasi dari beberapa resepi nasi arab yang aku google di internet. Tak ada pakai rempah nasi arab. Tak jumpa pun... Aku buat cara paling senang yang aku fikir boleh menjadi kat tekak aku je ni.... hihi!

Resepi Nasi Arab Cara Paling Senang
Resepi Nasi Arab Cara Paling Senang
Mula-mula aku buat dulu air rebusan ayam dari 5 ketul paha ayam yang aku gunakan untuk masak nasi ni. Selepas tu keluarkan ayam dan perap dengan bahan untuk membakar ayam tu. Aku panggng ayam dalam kuali je untuk mendapat kulit yang garing di luar dan lembut di dalam. Marilah kita tengok resepi senang aku ni.

Resepi Nasi Arab Cara Paling Senang


Sup 

5 ketul paha ayam
2 inci halia - di ketuk
1 sudu kecil lada hitam - pecahkan sedikit
1sudu kecil jintan putih
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 ketul kuib ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
(untuk memasak nasi dan buat sup)

Cara-cara: 

Rebus ayam bersama bahan-bahan di atas selama lebih kurang 45 minit sehingga ayam empuk dan lembut. Selepas tu tapiskan air rebusan untuk memasak nasi. Ayam yang di rebus di gunakan untuk membuat ayam panggang nanti. Simpan sikit sup untuk di makan bersama nasi arab nanti.

Selepas ni kita masak nasinya pula. Aku tak pakai beras basmathi pun. Pakai beras biasa yang aku masak hari-hari je. Rempah pula aku guna rempah sup yang dah tersedia segala rempah ratus yang ada. Minyak pula aku gunakan minyak zaitun... Kebetulan ada kat rumah. Butter tak ada, minyak sapi pun tak ada... marjerin pun tak ada juga. 

Nasi 

4 cawan beras
41/2 cawan air rebusan ayam
- air ikut sukatan beras sendiri tau...
sedikit pewana kuning
6 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar rempah sup
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
Minyak zaitun secukupnya untuk menumis
(boleh gunakan minyak sapi atau butter)

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Rempah sup di bancuh dengan air. Beras di basuh dan di toskan. Tumiskan bahan-bahan dalam periuk nasi. Masukkan dulu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Selepas tu masukkan bahan yang di kisar. Dah naik wangi, masukkan rempah sup. Bila rempah sup dah sebati masukkan air rebusan ayam tadi. 


Selepas tu masukkan nasi. Kacau sekejap.Bolehlah di masak seperti biasa. Apabila nasi dah masak masukkan beberapa titik pewarna kuning. Biarkan sekejap. Selepas tu nasi di gaul dengan serata dan warna kuning akan bergaul cantik. Sementara nak tunggu nasi masak tadi, kita perap ayam yang di rebus tadi. Bahan-bahanya....

Ayam panggang

5 ketul ayam yang di rebus tadi
6 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 sudu besar rempah sup
3 sudu kecil serbuk cili
1 sudu serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Selepas tu gaul dan perap semua bahan di atas dengan ayam. Ayam boleh di bakar dalam oven dengan cara di balut dengan aluminium foil atau terus di panggang dalam kuali dengan sedikit minyak. 

Aku guna cara yang kedua. Panggang  dengan menggunakan api yang perlahan. Apabila kulit luar garing dan isi senang di pisahlan dari tulang, menandakan ayam dah masak. Aku makan nasi arab ni bersama sos salata dan salad arab. Resepi ... 

Sos salata

2 biji tomato
6 biji cili api 
1/2 biji bawang besar
2 biji cili merah
Jus lemon
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Kisar semua bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula. Sedap sos ni... aku suka!

Salad Arab

2 biji tomato
1 batang timun
1 biji bawang besar
2 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
Sedikit jus lemon
Sedikit minyak zaiton
Garaam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Tomato, timun, bawang besar, cili merah dan cili hijau di potomg dadu. Cili padi di hiris halus. Selepas tu gaul semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula. Dah siap semua, bolehlah di hidangkan. Percubaan pertama aku yang tidak mengecewakan. Walau tak sesedap nasi arab  yang biasa tu. Ia dapatlah mengubat hati yang teringin. 

Nanti bila nak di hidangkan... makanlah sekali bersama-sama nasi, ayam panggang, sos salata, salad arab dan kuah sup ayam. Aku lupa nak buat salad kobis. Kalau buat salad kobis tak payah buat salad arab tu. Alah... makan je lah...hihi!

Nak tengok resepi lagi.. klik SINI

p/s : Bolehlah buat lagi nanti untuk memantapkan skill... hehe!


6 comments:

  1. Hai bestnya nasik arab. Tapi tak rajin la pulak nak buat. Selalu beli yang segera je. :D
    Ini time rajin tentu boleh cuba :)

    ReplyDelete
  2. Sedap Tu.. tgk Rupa pun dh tau

    ReplyDelete
  3. Singgah dari AFB :)

    Nasi arab memang sedap lagi2 bila makan dengan acar dia tu. Ada setengah nasi arab terasa terlalu kuat kas2 dia... Kalau buat sendiri boleh la sesuaikan rasa dengan tekak kan :)

    ReplyDelete
  4. alaaahai sedapnyaaa kita suka makan nasik arab..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...