01 July 2017

Pokok Semalu Yang Malu-malu Tapi Khasiatnya Banyak Dalam Perubatan Tradisional

Korang kenal tak pokok semalu yang biasanya tumbuh melata di tepi-tepi belukar dan tepi jalan. Pokoknya  berduri dan pokok ni mendapat nama dari daunnya yang akan kuncup apabila di sentuh. Mempunyai bunga berwarna ungu muda. Bila berjalan di kawasan tepi-tepi belukar yang ada pokok semalu ni kena hati-hati. Takut terkait duri semalu nanti. Sakit ooo!

Pokok Semalu Yang Malu-malu
Pokok Semalu Yang Malu-malu

Pokok ini banyak khasiat rupanya dalam perubatan tradisional. Antara lainnya ia di gunakan untuk menguat dan mengecutkan rahim bagi ibu-ibu lepas bersalin. Caranya, rebus beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Lepas tu biarkan suam sedikit atau campr dengan air sejuk boleh di buat air mandian. Untuk  bertangas juga pun boleh.

Pokok Semalu Yang Malu-malu Tapi Khasiatnya Banyak Dalam Perubatan Tradisional


Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' atau kulit melepuh akibat lama terendam dalam air pada kaki dan tangan. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut.

Air rebusan pokok semalu bersama akarnya tanpa di tambah apa-apa bahan lain, boleh juga digunakan untuk merawat dan mencgah masalah 'makan air' atau kulit melepuh akibat lama terendam dalam air pada kaki dan tangan. Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat makan dek air tu.

Memang tak di sangka, pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica L ini mempunyai khasiat yang pelbagai. Pokok semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Tapi jangan di pandang tentang rupanya. Fikirkan khasiatnya yer... 

Kalau terkena masalah seperti di sebutkan di atas, selain perubatan moden boleh cuba cara alternatif ni. Cara yang tak perlu mengeluarkan wang. Cuma perlu sedikit kerajinan. Tiada sakit yang tiada ubatnya. Tumbuhan yang tumbuh melata tu pun ada gunanya... kan!

p/s : Salah satu ubat alternatif yang boleh di praktikkan...


2 comments:

  1. Rupanya byk kegunaannya ye. Mama baru tau. Ingatkan dia malu2 je rupanya malu2 berisi

    ReplyDelete
  2. Selama ini langsung tak tahu kelebihan pokok semalu Noor Akma..
    LZ ingat setakat rumput berduri biasa kita jumpa..
    Nice sharing..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...