Bila rumah di masuki ana-anai memang sangat menggusarkan. Dengan sekejap saja anai-anai boleh membuat sarang dan meroskkan apa saja benda berasaskan kayu seperti perabot, pintu dan juga buku-buku lama. Dah lama aku cari cara nak halau anai-anai ni selain sembur dengan pembunuh serangga yang biasa di gunakan. Rasanya dah sembur banyak kali semacam tak berkesan untuk halau anai-anai dah...!
Aku pernah kena dengan anai-anai ni. Habis satu almari buku-buku lama terpaksa di buang sebab dah jadi sarang anai-anai di rumah lama. Paling sedih, buku-buku aku belajar menjahit dan mengait hancur macam tu je di sebabkan anai-anai ni. Juga buku-buku resepi lama yang aku kumpul sejak zaman sekolah lagi.
Masa kat kampung lagi ngeri. Sebuah tv lama kepunyaan adik lelaki aku menjadi sarang anai-anai beberapa tahun lepas. Kami sekeluarga baru sedar apabila adik nak mengemas bilik dia dan mengeluarkan tv tu yang tak di gunakan dan di jadikan meja sisi katil dia. Tv tu elok lagi sepatutnya sebab tak rosak, di beli adik aku sewaktu tinggal di rumah sewa. Tv tu beli masa adik aku bekerja di bandar. Sayangnya... terpaksa buang.
Tadi... godek-godek fb jumpa juga cara-caranya. Alhamdulillah.. lepas ni mesti sentiasa waspada dengan anai-anai. Boleh rosak satu rumah dengan kehadirannya. Bersedia dengan berbagai cara untuk menghapuskannya sebelum terlambat. Senang je rupanya... memggunakan barang2 yang ada di sekeliling kita je..
Petua Halau Anai-anai Dari Rumah
Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
Air Kapur Sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirih ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Sudah semestinya aku nak guna semua cara di atas bila anai-anai datang lagi kerumah aku. Dah tak tahan dan ngeri tengok kesan-kesan kehadiran anai-anai ni. Satu almari buku boleh berlumuran dengan tanah di buatnya. Rasanya masa tu tak sampai sebulan lebih sebelum tu ada buka almari tu. Elok je lagi. Selepas tu dah kena buang semua jauh-jauh. Sedih, tak dapat di ganti balik.. hurm!
Nak tengok petua yang ada di blog ni.... klik SINI
Nak tengok petua yang ada di blog ni.... klik SINI
p/s : Jangan tak tau, binatang ni kecik je... tapi kesan ke atas sebuah rumah boleh reput dibuatnya.
#kredit FB petua orang lama
aaa ah la geram betul. dulu penah skali kena attack.. habis pintu dapur. dalam diam2 je depa dok makan. tau2 ranap..
ReplyDeleteMudah juga ye caranya. Barang pun senang nk carik
ReplyDelete