Musim-musim raya ni ramailah yang mengambil gambar atau posing berbagai gaya dan rupa. Pastinya posing sana sini swafoto @ selfi tak henti-henti. Suka tengok gambar-gambar selfie yang penuh menghiasi FB. Sekarang, hampir semua orang memiliki telefon bimbit dan media sosial untuk berkongsi gambar kenangan. Apalagi swafoto dan selfie sesaja lah. Hanya perlu tekan keypad, ready dan bergaya.... huhu!
Cara Untuk Swafoto @ Selfie Dengan Sempurna |
Mesti nakkan gambar yang cantik dan sempurna apabila berswafoto kan! Gambar yang cantik bila letak di FB mesti dapat banyak like... suka-suka! Tadi bila aku belek-belek fb, jumpa cara nak mendapatkan gambar selfie yang sempurna. Tergerak hati nak kongsi di sini. Kalau tidak, aku cari balik mesti tak jumpa dah... Jom kita belajar sama-sama. Nak juga bila ambil gambar tu menjadi sesempurna mungkin kan...!
Cara Untuk Swafoto @ Selfie Dengan Sempurna Dan Mendapatkan Gambar Yang Cantik
- Pencahayaan
Kebanyakan selfie berkualiti akan menonjolkan foto yang mempunyai cahaya yang sangat baik. Pencahayaan lemah membuatkan resolusi gambar menjadi rosak, tak clear dan tak akan mendapat banyak likes.
- Dapat angle terbaik
Ramai orang yang ambil gambar selfie tidak mementingkan kedudukan angle yang terbaik. Dan setiap angle yang terbaik kadangkala berbeza bagi sesetengah orang. Jika kamu seoranag yang agar besar, dapatkan angle yang boleh membuatkan kamu kelihatan lebih slim seperti dari atas. Bukan saja slim, muka pun nampak runcing uols.
- Jangan gunakan flash
NO, JUST DON'T! Kecuali kalau korang nak kulit nampak berminyak atau mata nampak tertutup macam nak tidur di dalam gambar.
- Crop foto untuk komposisi terbaik
Jangan takut untuk crop gambar sendiri. Bila kamu tahu komposisi yang mana terbaik, ia lebih senang.
- Jangan malas untuk edit foto
Ia boleh membuatkan foto kamu berubah secara total terutama dengan mengubah brightness dan contrast. Gunakan aplikasi yang sesuai untuk mengedit selfie kamu seperti VSCO dan Snapseed.
- Gunakan filter
Di dalam aplikasi Instagram sendiri, sudah ada banyak filter yang tersedia. Untuk dapatkan kesan lebih menarik, gunakan filter yang boleh diedit sendiri. Penggunaan filter boleh memberikan efek retro, nostalgik dan klasik untuk selfie raya korang.
- Gunakan props
Sesetengah insta famous sering menonjolkan selfie berserta props atau aksesori. Cermin mata hitam, topi besbol, hoodie dan pengepit rambut boleh membuatkan karakter kamu nampak lebih menonjol dalam selfie.
Haa.... selepas ni ambil gambar @ swafoto @ selfie boleh ambil dan tiru cara-cara di atas. Mana tahu, gambar selfie anda akan benar-benar cantik, sempurna dan menonjol. Barulah kenangan aidilfitri kali ini berganda-ganda kemeriahannya. Tak gittew!!
Nak dapatkan lebih info di blog ni... klik SINI
p/s : Jom selfie...hehe!
#kredit SINI
Salam Aidilfitri Noor Akma..
ReplyDeleteGood tips..
Luahan perasaan kebetulan berlaku pada LZ..
LZ kecewa betul sebab gambar Raya tahun ni semua gelap.
Itulah akibat beri kepercayaan pada orang sambil lewa bila ambil gambar.. Frust betul. Kita ambil gambar dia semua cantik tapi bila dia ambil gambar kita sekeluarga semua gelap, huhuhu terkilan sungguh..
Pencahayaan dan angle paling penting. Hehe. Kalau cahaya cukup, tak payah nak edit lgi. Hehe.
ReplyDeleteBtw, Siqah singgah sini dan follow. Salam perkenalan dan selamat hari raya 😊
Tq tips. Mama ambik gambo suka nyorok sebab nk smbunyikan lemak hihu
ReplyDelete