Tomato adalah antara ulaman yang paling aku suka untuk di makan terus atau bersama nasi. Tomato memang banyak aku gunakan dalam hampir setiap masakan. Selain digunakan sebagai penambah rasa, banyak manfaat yang diperolehi terutamanya dalam kesihatan dan kecantikan wajah..Selain manafaat vitamin C dalam pamakanan, tomato juga boleh di buat masker untuk mendapatkan kulit yang putih gebu dan cantik. Tapi untuk mendapatkan kulit yang putih gebu tu kenalah rajin menggunakannya iaitu sekurang-kurangnya 2 - 3 kali seminggu.
Buat Masker Tomato Untuk Kulit Putih Gebu |
Ada banyak cara dan bahan untuk membuat masker tomato ni. Terpulang pada kita untuk mencuba cara yang mana satu. Apapun semua cara ini menjurus untuk mendapatkan kulit cantik idaman hati iaitu putih, gebu, halus mulus dan tanpa cela. Jangan tak tahu, tomato juga merupakan anti-oksidan yang sangat baik. Jadi, manafaatkan tomato dengan sebaik-baiknya.
Buat Masker Tomato Untuk Kulit Putih Gebu
- Lenyek atau kisar tomato untuk di jadikan pes dan sapukan pada keseluruhan wajah terutama di bahagian berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30-40 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
- Campurkan pes tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian baru bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
- Bagi atasi kulit kering, campurkan pes tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering selamat kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
- Campuran pes tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnay kulit akan cerah sekata.
Untuk lebih memudahkan kisar tomato yang masak ranum untuk di jadikan pes, bekukan menjadi kiub-kuib kecil. Bila nak digunakan cairkan sedikit dan campurkan dengan bahan-bahan yang diperlukan seperti putih telur, gula pasir, yogurt, madu, tepung jagung, tepung susu, oat dan apa saja bahan alami yang sesuai. Lebih menjimatkan masa dan campuran itu sangat sejuk dan menyegarkan kulit wajah.
Tomato juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya mudah sahaja, potong tomato kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan paada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
Selain itu, amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus\ tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang dan dapat mengurangkan kuantiti jumlah makanan yang di ambil.
Okeylah... jom kita bereksperimen dengan masker tomato pula kali ini. Sudah pasti lebih menjimatkan kos dan dari bahan alami yang menyegarkan serta tanpa risiko bahan kimia. Bila dah tahu ni, tak perlulah nak mengeluarkan banyak belanja untuk mendapatkan kulit yang putih gebu ni.. Hanya dengan buah tomato je...
Untuk mendapatkan lebih lagi tips kecantikan.... klik SINI
p/s : Selamat bermasker tomato kita... hehe!
pernah buat dulu, tapi skrg dah malas 😂
ReplyDelete