Bila dah beli baju yang cantik menawan di hari raya, padanan solekan yang tepat mengikut warna tema baju mestilah sepadan. Kalau tidak mungkin anda akan kelihatan tak terurus dan berserabut. Sekarang bukan satu tugas sukar walaupun anda kurang berpengetahuan dalam berfesyen. Informasi berkenaan perkara ini boleh di dapati dan di pelajari di internet. Asalkan ada kemahuan, anda akan tahu bagaimana untuk mendapatkan gaya solekan yang tepat mengikut warna tema baju hari raya anda.
Solekan Yang Tepat Mengikut Warna Tema Baju Di Hari Raya |
Apabila sudah kelihatitan menarik, bergaya dan anggun, keyakinan diri akan bertambah
memandangkan penampilan memainkan
peranan penting dalam kehidupan
seharian dan hubungan sosial.
Justeru, berikut ada beberapa
tip padanan solekan dengan pakaian yang
boleh dicuba untuk tampil bergaya dan
sentiasa kelihatan menarik.
Solekan Yang Tepat Mengikut Warna Tema Baju Di Hari Raya
Bagi mendapatkan solekan mata yang
menawan, cuba oleskan warna merah
jambu pucat ke seluruh kelopak atas mata
dan kemudian sapu pembayang ungu
muda pada bahagian lipatan kelopak
mata.
Sebatikan dua warna itu dan sapukan
pula pembayang berwarna coklat di
hujung luar mata. Naikkan seri wajah
dengan menyapu pemerah
pipi warna merah jambu
untuk mendapatkan kesan
dramatik pada wajah.
Perak dan
emas dikategorikan
warna yang seksi
sekiranya digunakan
pada bahagian mata, namun ia juga perlu disapu tipis dan tidak boleh
keterlaluan supaya wajah kelihatan
manis.
Sedikit kilatan pada pipi boleh
membuatkan seseorang kelihatan
menarik dan anggun namun sekiranya
ia sudah disapu pada pipi, pastikan
bahagian wajah yang lain bebas
kilatan.
Begitu juga sekiranya warna
kilat sudah diletakkan pada mata
pembayang mata atau penggaris
mata, maka bahagian lain wajah tidak
perlu disapu bedak kilat lagi supaya
tidak nampak berserabut atau terlebih
menonjol.
Padanan warna hitam putih pada
pakaian dan solekan pada mata boleh
membuatkan seseorang kelihatan kelakar dan terlalu menonjol. Apabila
memadankan pakaian dengan
mekap, pilih satu saja bahagian yang
ingin ditonjolkan.
Misalnya jika memilih untuk
menonjolkan bahagian mata,
justeru solekan dan pakaian perlu
bersederhana supaya tidak berlebihlebih
hingga merosakkan penampilan
diri sendiri.
Begitu juga apabila memilih
warna rambut, ia tidak seharusnya
lari jauh daripada warna asal
rambut sebaliknya pilih yang lebih
bersesuaian.
Warna jingga lembut antara yang
paling mudah dipadankan dengan
solekan wajah dan pakaian, namun ia perlu disapu secara tipis. Ini
kerana warna terang seperti jingga
lembut akan menyebabkan wajah
kelihatan seperti kartun sekiranya
disapu dengan tebal serta
keterlaluan.
Bahagian mata, bibir dan
pipi yang menggunakan warna
jingga lembut nampak menarik
apabila disapu nipis dan tidak
perlu menonjolkan mana-mana
bahagian secara keterlaluan.
Penggunaan warna lain juga
boleh digunakan untuk mata, pipi
dan bibir, namun ia perlu disapu
nipis untuk mendapatkan kesan
mengagumkan pada wajah.
Warna kuning melambangkan
keseronokan, namun sekiranya
tidak disapu dengan betul ia boleh
membuatkan seseorang kelihatan
tidak menarik. Gabungan pakaian
berwarna kuning dengan solekan
jingga dan pembayang mata kuning
boleh menyebabkan wajah kelihatan
ceria.
Namun, ia perlu disapu lembut
dan tipis bagi menaikkan seri wajah
apatah lagi jingga dan kuning boleh
dikategorikan sebagai satu keluarga
dan mampu dipadankan dengan baik.
Penggunaan warna lebih
menonjol pada solekan boleh
digunakan sekiranya anda memilih
pakaian berwarna putih. Menambah
warna melalui aksesori juga boleh
membuatkan penampilan kelihatan
lebih menarik.
Sekiranya berpakaian serba putih,
calitan gincu berwarna merah menyala
atau pembayang mata berwarna
terang boleh membuatkan anda
kelihatan berseri-seri. Jika terlalu
pucat anda boleh kelihatan lesu
atau seperti orang sakit.
Itulah serba sedikit ciri-ciri warna yang boleh di suaipadan dengan warna tema baju raya anda. Semoga ia memberi sedikit informasi dan manafaat kepada diri anda. Berhiaslah seadanya tanpa berlebihan. Cantikkan jiwa, muluskan hati agar dalaman dan luaran sama cantik dan jelita, Barulah hari raya menjadi indah dan meriah.
Untuk lebih info tentang solekan terkini... lihat SINI
p/s: Iye ke dah nak raya... macam tak caya jer... hahaha!
orang yang tak berapa pandai make up ni nak berserta gambar please... hihi
ReplyDelete