Kadang kala makan makan biasa-biasa je bulan puasa ni... boleh jadi jemu juga. Kita buat pula masakan ala barat pulak. Tapi nak beli barang-barang masakan tu pun mahal juga. Iyalah, resepi spaghetti bolognaise yang asal datangnya dari negara omputih. Dah tentulah barang-barangnya pun ada yang di impot dari sana. Mahal weh... Apa lagi, aku ubah suai resepi spaghetti bolognaise ikut cara aku yang main redah je... Yang penting jimat dan senang dan semestinya sedap dan lazat sesuai citarasa aku dan anak-anak.
Resepi Spaghetti Bolognaise Cara Jimat Dan Senang..... |
Daging cincang aku gantikan dengan sosej. Cendawan butang atau cendawan dalam tin tu aku gantikan dengan cendawan tiram biasa yag jual dalam paket tu. Tomato puree aku tak guna. Aku gantikan dengan sos cili dan sos tomato yang biasanya sentiasa ada kat rumah. Cili benggala tak ada dan tak jumpa kata en. suami.... pakai cili hijau dan cili merah yang aku potong kecil-kecil.
Juga susu dan cheese parut aku tak gunakan pun. Aku pakai cheese biasa yang keping-keping tu. Memang lain dari yang lain cara aku buat ni. Tak pernah di buat orang rasanya. Tapi rasa tak jauh beza macam di restoran lima bintang jugak...Entah-entah lagi sedap kot... hahaha! (puji diri sendiri tak hengat ngko...!)
Juga susu dan cheese parut aku tak gunakan pun. Aku pakai cheese biasa yang keping-keping tu. Memang lain dari yang lain cara aku buat ni. Tak pernah di buat orang rasanya. Tapi rasa tak jauh beza macam di restoran lima bintang jugak...Entah-entah lagi sedap kot... hahaha! (puji diri sendiri tak hengat ngko...!)
Resepi gila-gila aku ni jangan kecam yer... Tak nak ikut tak apa. Tapi.... anak-anak bagi lima bintang kat aku. Janji sedap kat tekak anak-anak aku.... satu paket spaghetti tu sekali hadap jer diorang tu... Terlagi-lagi dorang makan dengan bersungguh-sungguh. Aku dapat sepinggan je, dah kira memandai. Biarlah dorang habiskan sampai termengah-mengah... hihi!
Resepi Spaghetti Bolognaise Cara Jimat Dan Senang..... Sendiri Bikin
Bahan-bahan:
1 paket spagheti (500gm)
6 batang sosej
1 batang lobak merah
3 biji tomato
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 paket kecil cendawan tiram
1 pokok daun sup
1 pokok daun sup
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan cili sos
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tomato
5 keping cheese
1/2 ketul kiub ayam
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 ketul kiub ayam
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Didihkan air di dalam periuk besar. Masukkan sedikit garam dan sedikit minyak masak. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga spaghetti lembut. Toskan airnya tapi air jangan di buang. Akan di gunakan untuk masak kuah nanti
Sosej, tomato, bawan besar dan cendawan di potong dadu kecil2. Lobak merah di parut kasar. Cili merah dan culi hijau di buang biji dan di hiris kecil. Bawang putih di cincang halus. Daun sup juga di hiris halus. Bersihkan semua bahan dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Bila bila dah naik bau, masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga mendidih. masukkan sosej. Selepas tu masukkan lobak merah, cili hijau, cili merah dan tomato yang di dadu tadi bersama cendawan.Masukkan air rebusan spaghetti. Jangan masuk semua. Agak-agaklah nak banyak mana kuahnya.
Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan kepingan cheese. Kacau rata dan masukkan daun sup yang di hiris halus bersama batang-batangnya sekali. Kacau sekejap, bolehlah di angkat.
Kuah dan spaghetti di hidangkan berasingan. Bila nak makan, curahkan kuah atas spghetti. Kalau nak lebih terasa pedasnya, boleh masukkan cili api yang di hiris halus semasa memasak tadi. Rasanya pasti akan lebih terangkat.
Resepi aku ni tak pernah ada rempah omputih.... yang namanya oregano tu. Bukannya tak ingat tapi cari kat pasaraya biasa tak pernah ada. Kalau pergi pasaraya besar, tak sampai pulak bahagian barang-barang dapur. Tak ada pun tak apa aihh... itu pun kesedapannya sungguh menjadi-jadi... apa nak kira..!
Nak cari resepi jimat sendiri bikin lagi.... klik SINI
p/s : Sendiri bikin, sendiri makan.... sendiri puji.. kikiki!
No comments:
Post a Comment