13 June 2017

Resepi Rendang Tok Perak Periuk Phillips... Ohsem!

Suatu hari tanpa di jangka.. periuk Pillips pun sampai ke rumah. Beserta dengan bahan, perencah dan resepi rendang tok perak yang lengkap. Memang sangat mengujakan sebab aku waktu tu tengah buntu nak masak sesuatu untuk en suami. Untuk aku dan anak-anak kami dah sediakan hidangan yang tak di gemari suami iaitu laksam. Jadi rendang ni boleh buat berbuka en, suami juga buat lauk sahur kami semua nanti. Sebenarnya resepi rendang tok perak ni bukan asing pada aku ... Aku orang Perak jati. Tapi menggunakan periuk Phillips ni memang sesuatu yang baru bagi aku... huhu!

Resepi Rendang Tok Perak Periuk Phillips... Ohsem!
Resepi Rendang Tok Perak Periuk Phillips... Ohsem!

Rendang tok ni sejak  dulu-dulu lagi, setiap kali kenduri kahwin di negeri Perak jadi satu kemestian. Menjadi kebanggaan tua rumah bila dapat menumbangkan seekor kerbau atau lembu dan menghidangkan lauk rendang tok perak pada kenduri perkahwinan. Satu lagi rendang tok ni ada pada hari raya je. Makan dengan lemang memang sedap. Tapi membuatnya sangat renyah. Berjam-jam mengacau di dapur untuk  menjadikan daging lembut dan kuah kering.

Resepi Rendang Tok Perak Periuk Phillips... Ohsem!
Resepi Rendang Tok Perak Periuk Phillips... Ohsem!

Dengan periuk Phillips dalam 30 minit dah siap. Memang canggih betul... kan! Rasanya pun sedap sangat, Saling tak tumpah macam yang arwah opah aku buat bertahun-tahun dahulu. Masuk bahan-bahan kacau-kacau lepas tu tutup. Boleh buat kerja lain dulu. Cukup masa tengok balik. Kacau serba sikit bagi kering dan bertukar warna kehitaman... dah siap. Senangnya memasak dengan periuk Phillips All In One Pressure Cooker ni.... gittew!


Resepi Rendang Tok Perak Periuk Phillips... Ohsem!


Resepi Dari  Chef Marina Mustafa

Bahan untuk perap :
2 sudu besar kulit kayu manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan hitam
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit
2 inci lengkuas
4 batang serai

Bahan lain:
1 kg daging - dipotong 1 1/2 inci kiub
1/4 cawan minyak
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 sudu  makan cili kisar
2 sudu makan asam jawa dilarutkan dengan 1/2 cawan air
2 sudu garam
3 sudu gula melaka
2 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - dihiris nipis

Cara - cara memasak menggunakan Phillips All In One  dengan masakan ini :

- Masukkan daging tadi kedalam mangkuk dan gaul dengan bahan perap tadi. Perap selama 20 minit
- Buka penutup periuk Philips All In One Pressure Cooker, dan tekan Saute/ Sear High Temp kemudian tekan Start.
- Masukkan minyak, kemudian tumis bahan kisar, cili kisar, bunga lawang, pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan daging ke dalam periuk Philips All In One Pressure Cooker, kacau selama 20 saat.
- Seterusnya masukkan santan pekat, air asam jawa, daun limau purut dan gula melaka. Kacau sehingga sebati dan bergaul rata.
- Kemudian tutup penutup periuk, dan pusing tombol ke  posisi Seal
- Ada dua pilihan cara. Satu dalam keadaan Slow Cook Low Temp dan set waktu memasak sehingga 8 jam. Nak lebih cepat dan jimatkan masa boleh guna cara ini. Tekan Start atau tekan Pressure Cook. Pilih Meat / Poultry dan tambah masa ke 30 minit dan tekan Start.
- Bila butang menunjukkan Keep Warm, maknanya rendang dah nak masak. Sebelum buka penutup periuk, pusing tombol ke Vent. 
- Biarkan wap keluar, kemudian buka penutup periuk dan masukkan kerisik dan garam. Kacau sebati
- Tekan butang Saute / Sear High Temp dan tekan Start
- Biarkan penutup periuk terbuka dan kacau sehingga kuah rendang menjadi pekat mengikut kesukaan masing-masing.
- Tambah daun kunyit yang dihiris tadi ke dalam rendang tok perak, sedia untuk dihidangkan,

Sedapnya... masakan rendang tok perak ni....  Seronok memasak kalau macam ni. Tak penat langsung dan tak berdiang di dapur berjam- jam. Dalam 30 minit lebih kurang dah dapat rendang yang sedap dan lazat seperti masakan opah aku. Daging pun lembut saja apabila di kunyah. Opah dan mak aku dulu berjam-jam nak tunggu masak dan pekat. Ini semudah abc jer... huiyyo!

Nak tengok resepi lain dalam blog ni... klik SINI

p/s : Nanti nak cuba masak ghondang ghombau nogori sombilan  kegemaran en. suami plak... Mana aci masak rendang tok perak je ...  hehe!


2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...