Memikirkan juadah berbuka puasa yang sedap dan mengenyangkan kengkadang menjadi kebuntuan juga di buatnya. Apatah lagi nak memastikan selera anak-anak yang pelbagai ni sesuai dengan hidangan tu. Kami sekeluarga apabila berbuka selalunya mesti nak yang lain selain nasi biasa hari-hari tu. Jadi hari ke 2 berbuka ni aku buat kuay teow goreng basah bersama ayam. Dah kira special tu sebab biasanya tak letak ayam. Kuey teow goreng yang biasa aku buat kosong jer. Hanya letak ikan bilis tumbuk... hihi!
Kuey Teow Goreng Basah Bersama Ayam Iftar Ke 2 |
Kalau orang lain, mesti letak udang dan sotong atau seafood yang lain. Kami sekeluarga alahan makanan laut. Tapi pantang jumpa... ngap jugak. Sesekali je makan makanan laut. itupun bila dah teringin sangat-sangat.... hurm! Taruh ayam dalam kuey teow ni pun ok dah... Sedaplah jadinya. Anak-anak kata sedap sangat kuey teow yang aku masak ni... Seronok aku dapat pujian. Hilang segala keletihan yang ada.
Kuey Teow Goreng Basah Bersama Ayam Iftar Ke 2
Resepi mudah jer... main campak-campak sesedap rasa dan jiwa si tukang masak. Korang nak cuba rasa resepi ni ... Boleh tengok resepi lebih kurang aku ni..
Bahan-bahan:
2 paket kuey teow
2 pokok sawi
2 ketul kek ikan
1/2 cawan potongan isi ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil pes asam jawa
1/4 ketul kiub ayam
3 biji telur
2 biji cili merah untuk hiasan
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Kuey Teow di celur sebentar dan di toskan airnya. Sekejap saja tau...nanti lembik plak kuey teow tu. Sawi di potong- potong dan di bersihkan. Kek ikan dan isi ayam di potong kecil-kecil. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat.
Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali. Panaskan sebentar, lepas tu masukkan bahan yang di tumbuk tadi. Dah kekuningan dan berbau wangi, masukkan ayam. Kacau sebentar dan masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga cili pecah minyak. Lepas tu, masukkan kicap pekat, cili sos sos tiram dan pes asam jawa.
Selepas tu masukkan kek ikan dan sayur sawi. Kacau sehingga saur sawi layu sedikit baru di pecahkan telur. Kacau sekejap, sambil tu masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhirnya masukkan kuey teow. Kacau sehingga rata. Sambil tu jika warna kuey teow kurang gelap, boleh tambah kicap lagi. Kalau nak tambah garam pun boleh.
Dah cukup rata di kacau... bolehlah diangkat dan di hidangkan. Tabur dengan hirisan cili merah untuk hiasan dan pelengkap citarasa. Kuey Teow ni ala basah-basah tau, macam char kuey teow...
Taraaaaa.... ini lah saja resepi yang biasa tapi rasa luar biasa ... untuk anak-anak aku la...hahaha! Nak tengok resepi campak-campak aku di blog ni.. tengok di SINI
Taraaaaa.... ini lah saja resepi yang biasa tapi rasa luar biasa ... untuk anak-anak aku la...hahaha! Nak tengok resepi campak-campak aku di blog ni.. tengok di SINI
p/s : kredit untuk diri sendiri kerana berjaya masak dengan jayanya dan memuaskan hati dan selera anak-anak... cheeewahhh!!!
Kuey Tiow SA suka letak kerang banyak2...sedapnyaaa
ReplyDeletenyum2
ReplyDeletemy fav nie