Hujung Minggu ini 14hb Mei 2017 .... hari meraikan para wanita yang bergelar ibu. Grand Bluewave Hotel Shah Alam telah bersedia menerima para tetamu yang berkeinginan menyambut hari istimewa ini. Tema Bollywood telah di pilih untuk memeriahkan suasana. Jadi, jika anda yang berada di kawasan sekitar Bandaraya Shah Alam bolehlah memilih GBWHSA ini sebagai tempat meraikan hari istimewa ini. Mother's Day Hi-Tea 'Mum Queen Of my Heart dengan tema bollywood ini pasti akan meriah dengan kehadiran anda bersama wanita paling istimewa dalam hidup anda sebab insan istimewa wajar di raikan di tempat istimewa.. kan!
Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di GBWHSA |
Mother's Day Hi-Tea 'Mum Queen Of my Heart ini di adakan di GBWHSA bertempat di Royale Songket Restaurant dari jam 12.00 tengah hari hingga 4:00 petang. Berbagai acara dan aktiviti di adakan untuk meraikan ibu anda seperti bollywood dance, pakaian ibu paling cantik, teka kegemaran ibu, hiasan bunga, kek hiasan dan pilihan lagu yang di dedikasikan untuk ibu anda. Lebih menyeronokkan dan meriah anda di hiburkan dengan penampilan khas oleh penyanyi Adilla Idris.
Tema Bollywood HI-TEA 'QUEEN MUM OF MY HEART'' Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Pilihan makanan penuh menyelerakan dengan murah hatinya bermula dari assorted finger sandwiches dan mini open face sandwiches, assorted cheese platter with crackers, cold chinese salad of the day, sotong kangkung padang kota, selection of cold cuts platter,international salad bar with assorted dressings, caesar salad with smoked salmon, rojak buah pulau mutiara, assorted sushi rolls with condiments, selection of canapes, salmon mousse dan di akhiri dengan popiah basah. Selain daripada itu, ada pelbagai pilihan sup yang lazat seperti mushroom soup dan sup ekor asam pedas. Tak di lupa, roti john, pasta dan asam laksa.
Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di GBWHSA |
Untuk hidangan utama yang meletup sakan ada pelbagai pilihan yang menarik iaitu ayam pandan dengan sos percik, roti jala bersama serawa durian, cajun beef tortilla wraps, seafood sambal pizza, loh bak roll, cendawan dan tat telur, jejari ikan dengan sos tartar, mini seafood pai, assorted dim sum pelbagai perasa, fried wantan with chili dip, golden chicken nugget and di ikuti oleh spicy curly fries with cheese dips. Ada juga di hidangkan di dapur terbuka hidangan satay ayam serai wangi kuali leper dengan sos kacang.
Ada juga di sediakan hidangan hangat bollywood special sesuai tema majlis seperti Ulundu, Masala, Vaday, Puri, Pakoras, Muruku, Halwa, Laddu, Jelebi, Kaseri and lastly, Gulab Jamun. Selain dari itu akan ada hidangan istimewa dari bollywood iaitu lemon basmathi rice, fried amarisari fish with Green Chutney, Aloo Ghobi dan Chicken Vindaloo.
Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ |
Hari yang indah tidak akan lengkap tanpa hidangan pencuci mulut yang lazat memikat. Sudah semestinya di persiapkan sebegitu untuk memastikan insan tersayang yang di raikan berpuashati. Anda akan di layani dengan keenakan pencuci mulut, bermula dari caramel popcorn, assorted french pastries, assorted fresh fruit platter, ABC stall with condiments, chocolate fountain with fruits and marshmallow, coated chocolate balls, fruit tart, almond biscotti, cupcakes, cookies, macaroons, bubur cha cha, apple pai dan akhir sekali, pelbagai perisa ais krim.
Jangan lepaskan kesempatan ini untuk meraikan insan istimewa yang melahirkan anda. Apalah sangat dengan satu hari yang benar-benar istimewa untuk ibu anda mendapat layanan berbintang-bintang di tempat yang bertaraf lima bintang. Jadi, pilihlah Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Tak ada tempat lain yang menjanjikan kepuasan hebat dengan segala aktiviti di sini... percayalah...! Dah banyak entri GBWHSA di blog ini... nak baca... klik SINI
Buatlah tempahan awal dari sekarang... dan tetamu digalakkan untuk membuat tempahan tujuh (7) hari lebih awal :
Untuk tempahan03 - 5511 8811
ext. 2723, 2724 atau 2725
atau
Royale Songket Restaurant ext. 2612
*Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST
p/s : GBWHSA .... di hatiku... hahaha!
Wahh nice nice! Keknya pun sangat menyelerakannn
ReplyDeletedengan baik, begitu baik, menyukainya.
ReplyDelete