Maka bermulalah bulan Ramadan bagi tahun ini.... 2017 bersamaan 1438 Hijrah. Hari pertama berpuasa semalam, aku berbuka berlaukkan rendang ayam pencen dan sayur tumis kangkung. Hidangan lain adalah cekodok pisang kegemaran suami dan pencuci mulut dadih kegemaran anak-anak. Kali ini di blog ini, aku nak kongsikan resepi dadih bajet pencuci mulut ini kepada semua. Kenapa aku panggil resepi dadih bajet? Ini kerana dengan bahan-bahan dalam nilai RM5 lebih kurang dah dapat sejenis hidangan pencuci mulut yang sedap.
Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa |
Dulu-dulu aku selalu buat guna dadih segera yang bermacam-macam perisa tu. Masa tu harga dalam RM4 lebih jer. Sekarang dadih segera tu dah mahal harganya. Hari tu aku tengok harganya dah menjangkau RM6 lebih. Dah la macam tu, kena tambah susu cair dan gula lagi. Jadi, aku beralih ke resepi bajet inilah sekarang. Resepi bajet ni bahan-bahannya tak banyak, sangat mudah di cari dan didapati. Bahan yang di perlukan cuma agar-agar tali, susu cair, gula dan pewarna.
Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Nak rasa lebih sedap, bubuhlah perisa yang di sukai. Aku letak pewarna berperisa sirap ros, sedap... rasa air bandung... lain kali aku buat perisa lain plak... Nak perisa coklat, tambah serbuk coklat, Nak perisa pandan campur warna hijau dan campak daun pandan dalam air masa merebus agar-agar. Kalau nak buat perisa laici... pun boleh. Pendek kata... ikut sesedap rasa apa yang nak di buat.
Agar-gar tali tu boleh ganti dengan agar-agar serbuk tapi harganya jadi mahal lah. Cari agar-agar tali yang sikit je isi dalamnya ... 12gm gitu. Harga dekat bungkusan RM2.50 tapi kat Mydin dapat RM2.15. Susu Cair dalam RM2.20... brand yang paling murah... Campur gula 2 cawan, nilai harganya jadi dalam RM5 lebih kurang. Bila buat ikut resepi ni... Boleh dapat dalam lebih 20 - 25 cawan dadih ikut cawan plastik di pasaran tu. Banyak untung kalau buat jualan ni...hehe!
Nah.... resepi bajet ni aku taruh di sini.... korang boleh lah cuba buat sendiri nanti....
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali(12gm)
1 tin susu cair
2 cawan gula
Air (dalam 3000 ml)
Pewarna dan perisa (jika suka)
Cara-cara:
Didihkan air bersama agar-agar tali sehingga hancur. Masukkan gula. Bila gula dah hancur, masukkan pewarna dan susu cair. Kacau sekejap... sebelum campuran susu mendidih, tutup api cepat. Kalau lambat, campuran susu jadi tak cantik dah. Ingat tu... kalau tidak, jadi macam santan yang berkepala tu.. buruk rupanya tapi masih sedap!
Kacau dan isi dalam bekas. Ikutlah nak isi dalam bekas apapun. Aku isi dalam bekas plastik besar. Nak makan, cedok saja kedalam bekas lain. Kalau nak berniaga, boleh isi dalam cawan plastik. Simpan dalam peti ais. Aku buat waktu pagi. Waktu berbuka sedap dan sejuk je di tekak dengan kelembutan dari tekstur kekenyalan dadih tu... mengasyikkan tau...!
Kalau tak ada penyukat nak sukat jumlah air, boleh guna botol air mineral. Botol kecik saiz normal(600ml) dalam 4 botol air. Botol besar (1.5ml) ...dalam 2 botol air. Untuk tengok resepi serba canggih lagi dan lagi.... lihat SINI
Kalau tak ada penyukat nak sukat jumlah air, boleh guna botol air mineral. Botol kecik saiz normal(600ml) dalam 4 botol air. Botol besar (1.5ml) ...dalam 2 botol air. Untuk tengok resepi serba canggih lagi dan lagi.... lihat SINI
p/s : Nak dadih keras atau lembut bergantung pada jumlah air. Lebih keras jadi agar-agar.... lebih lembut pula boleh jadi puding sedut... hihi!
perisa chocolate, mango and honeydew are my favouriteeee!!
ReplyDeletemudah ja nk buat dadih...
ReplyDeletetu la kan.
ReplyDeletebrg da mahal.
dadih segera je pon hu hu...
nice sharing ni.
sedap. nyaman makan dadih... feveret!