Tapak kaki yang pecah-pecah memang nampak hodoh bila memakai selipar atau kasut yang menampakkan tumit kaki. Bila dah merekah, agak menyakitkan apabila bejalan atau terkena air. Ada cara dan petua merawat tapak kaki pecah-pecah yang boleh di gunakan untuk menghilangkan tejadi perkara sedemikian. Cara dan petua merawat tapak kaki pecah-pecah ini senang saja tapi memerlukan sedikit kerajinan.
Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah.... |
Cara yang pertama menggunakan daun pokok bunga kembang pukul 10 atau di panggil bunga ros jepun. Daun yang kecil-kecil tu di lumatkan. Tak kisahlah nak di tumbuk atau di kisar atau di lenyek... janji daun tu di lumatkan. Dah lumat lumurkan di tapak kaki dan tumit yang pecah-pecah tu. Biarkan selama dalam 20 - 30 minit dan lepas tu cuci macam biasa. Buat seminggu sekali. Insya'allah pecah-pecah di tapak kaki akan hilang dengan cepat.
Cara kedua menggunakan asam jawa yang ada di dapur saja. Kalau menggunakan asam jawa biasa, buangkan biji tapi kalau gunakan pes asam jawa lagi senang. Lumurkan pada keseluruhan tapak kaki. Biarkan selama 20 - 30 minit juga. Cuci kembali sampai bersih. Buatkan cara ni selalu iaitu seminggu 2- 3 kali. Insya'allah pecah-pecah di tapak kaki akan mengecut dan sembuh.
Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....
Untuk mengelakkan tapak kaki merekah dan pecah-pecah, seringkali gunakan selipar atau kasut apabila memijak lantai simen. Minum air kosong secukupnya agar menjauhkan kulit menjadi kering, keras dan bersisik dan seterusnya menjadi merekah. Elakan juga dari memakai kasut yang ketat dan tidak sesuai yang menyebakan tumit menerima tekanan yang tinggi.
Bila tumit dah tak pecah-pecah dan merekah lagi, rajin-rajinkan diri menyapu losyen pada tapak kaki dan keseluruhan kaki. Ia bukan saja dapat mengelak tumit menjadi pecah-pecah dan merekah kembali tetapi ia juga dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan peredaran darah dan merehatkan kaki selepas seharian digunakan.
Nak baca tentang petua di blog ini.... klik SINI
p/s : Selain daun bunga ros jepun dan asam jawa, bawang merah juga boleh di gunakan untuk merawat kaki pecah-pecah dan merekah tapi agak pedih bila terkena tempat yang merekah tu....
terima kasih share petua ni sebab tapak kaki sha pecah pecah sebab kurang minum air
ReplyDeletesetakat ni tapak kaki aida ok.
ReplyDeletepernah kena skit pecah dulu sekali.
pedih!
aida memang ada pes asam jawa. mudah le kalu2 nak guna petua tu.