Minggu lepas aku meraikan Mother's Day Celebration (seminggu lebih awal) atas jemputan Stellavingze International di Bangunan Melilea Tower Bangsar. Saja nak merasa pergi event macam ni... sekali sekali. Aku pergi bersama dengan anak permpuan aku, naik komuter dan grabcar. Pasal berjalan-jalan naik komuter dan grabcar car ni dia sangat arif... orang rajin kesana sini la katakan. Mula-mula cuak juga sebab tak pernah pergi ke kawasan ni. Tapi akhirnya Mother's Day Celebration ini adalah sambutan yang paling meriah yang aku pernah rasa....
Mother's Day Celebration |
Hari Ibu yang bertemakan SUPERMAMA YANG KUSAYANGI amat bertepatan dengan sambutan yang di raikan di sini. Ramai di sini, anak-anak dari beberapa sekolah di sekitar Kuala Lumpur hadir meraikan Hari Ibu bersama ibu bapanya. Itu yang menjadikan event ini sangat meriah dan tak kering gusi dengan acara dan selingan gurau senda antara anak-anak dan ibu bapanya. Aku tumpang brgembira sekali.
Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI with STELLAVINGZE INTERNATIONAL
Dapat juga aku mengutip sedikit ilmu di sini.... Berkenaan seorang wanita adalah tonggak utama keluarga dan negara. Bahagia seorang wanita, seorang ibu, seorang isteri di rumahnya, aman lah kehidupan rumahtangga, masyarakat dan negara. Begitulah mengikut kata Datuk Stella Chin dalam ucapannya. Datuk Stella Chin adalah pengasas Stellavingze International yang bergiat cergas sebagai sebuah NGO yang membimbing, menyokong dan memperkasakan wanita di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lagi.
Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI |
Wanita adalah Starladies, seumpama bintang yang berseri... Juga wanita umpama berlian yang bersinar menyinari sekelilingnya. Kata-kata Datuk Stella Chin yang di petik dari buku yang di tulisnya iaitu "Kebahagiaan Yang Ku Tahu". Buku ini boleh jadi inspirasi pada setiap wanita untuk berkerjaya dan berjaya. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku. Seronok sangat mendengar Datuk Stela bercerita dan berceloteh mengenai visi dan misi beliau.
Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI with STELLAVINGZE INTERNATIONAL |
Di event tu aku dapat satu bimgkai gambar beserta gambar aku dan anak di ambil oleh jurugambar professional di sana. Selain tu dapat hamper makanan kesihatan berasakan soya dan bunga carnation segar. Seharian yang indah dan menggembirakan di sana. Paling tak lupa dengan tarian chicken dance yang sangat menggelikan hati.... di Mililea Tower Bangsar.. event STELLAVINGZE INTERNATIONAL.
Baca lagi di SINI
p/s : Anak gadis aku siap berkaroeke lagi tu... tapi masa sessi santai tak ramai orang sampai lagi.. hee!
No comments:
Post a Comment