Beberapa hari ni aku dapat gambar dari berbagai group whassap yang ada cerita pasar ramadhan... nak beli makanan kena tengok siapa yang menjual... Macam-macam lah ulasan muncul akibat nasihat bergambar ni... Nasihat tu betul juga, tapi jangan menilai orang dari luaran saja. Rupa dan wajah boleh je di lakonkan... Betul tak? Aku pernah terkena membeli di pasar ramadhan dan pernah juga berniaga di pasar ramadhan. Ini yang aku nak kongsi sedikit cerita pasar ramadhan dari pengalaman aku....
Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual |
Cerita masa aku bujang, beli makanan di pasar ramadhan tu... pernah termakan ikan bakar berulat. Aku rasa ikan bakar tu dah beberapa hari. Tak habis, di bakar balik keesokan harinya. Makan ramai-ramai bersama adik dan anak buah suami yang tinggal bersama waktu tu. Anak buah suami beli ikan terubuk bakar bersekali dengan air asam.
Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual
Memang nampak sedap sangat... garing tah henggat. Mula-mula tak nampak lagi masaalahnya. Bila dah di cubit isinya sampai ke tulang... Masa tu aku dah habis makan lagi pun tak ambil ikan bakar banyak pun, merasa sikit jer.. Nampaklah benda menguit-nguit... terus diorang (anak buah dan adik) berhenti makan. Dah putus selera. Nasib baik dah kenyang, tinggal nak menghabiskan sisa-sisa isi saja... hahaha!
Pernah juga aku sekeluarga keracunan makanan akibat makanan di pasar ramadhan. Waktu tu, aku tengah mabuk-mabuk dan tak larat awal mengandung anak yang bongsu. Nasib baik tak teruk dan melarat. Ada sekali tu beli kuih tepung talam satu bekas.. Dah hampir 2 -3 kali beli okey jer... sedap. Sekali tu beli tempat yang sama... basi dan berlendir. Terus tak pernah beli dah....
Pengalaman menjadi penjual pulak.... Penatnya tak terkirakan. masa tu anak masih 2 orang ... Pagi-pagi kena pergi pasar borong beli barang. Hampir tiap hari kena pergi. Balik selepas subuh dah mula menyiapkan barang untuk di masak. Rehat sekejap dalam pukul 7 ke 8 pagi. Pukul 9 pagi dah mula memasak. Sampailah pukul 3 petang kena angkut barang-barang untuk berniaga.
Selepas tu... lenguh kaki menungu para pembeli. Masa tu aku jual rojak, pecal, bermacam-macam jenis bubur dan sedikit kuih. Nasib baik masa tu anak-anak belum bersekolah lagi. Hidup masa tu agak huru-hara rasanya. Rumah dah tak sempat nak berkemas. Balik dari berniaga pasar ramadhan dah nak kemas barang sampai tengah malam. Mana barang yang tak habis, tak sampai hati nak bagi jiran... nanti di kata "dah tak habis baru nak bagi.." Buang tong sampah je lah...! Hurmmmm!!
Aku sempat berniaga 2 kali puasa sahaja. Serik dan penat sangat. Bulan puasa masa tu... usahkan nak pergi terawih... nak buat amal ibadat yang biasa tu pun dah kelam kabut. Pendapatan dan keuntungannya taklah seberapa sangat di bandingkan dengan kepenatan yang melampau. Sejak tu aku tarik diri dari berniaga di pasar ramadhan... Ada kawan yang berniaga lauk pauk penuh semeja pun tarik diri juga sebab anak-anak dah marah sebab tak dapat buka puasa kat rumah macam orang lain.
Masa aku berniaga... tak ada langsung aku jual barang yang tak habis sebelum tu. Aku lebih rela buang saja. Tapi melihat makanan yang terbuang tak habis tu memang rasa ralat sangat. Ada juga aku simpan untuk makan sendiri... tapi nak jual balik, memang tidaklah. Tak sampai hati menganiayai pembeli. Ada yang ajar sayur atau mee yang tak terjual tu basuh dan celur balik... tapi aku ni tak sampai hati ... Itu sebab untung tak banyak... hmmm!
Itulah antaranya dari beberapa cerita sebagai pembeli dan penjual pasar ramadhan. Sebagai pembeli, kena berhati-hati jangan terbeli makanan basi, berulat dan dari baki semalam... Lagi mudah tak payah membeli. Lebih baik masak sendiri. Makan nasi lauk telur mata kerbau percik kicap lagi puas hati. Tapi kan.. kalau nak membeli.. beli yang masak panas-panas kat situ.... macam roti john, roti jala dan beberapa lagi.
p/s : Dah bertahun rasanya aku tak pergi pasar ramadhan dah... Tak ada apa yang nak di beli. Masak sendiri lagi puashati, ada tidak, en. suami rajin beli air soya kat situ... Anak-anak pun tak kisah.
Alahai dorang tak cek ke apa dulu ke before jual kan. Kesian je org yg beli makanan dah rosak mcm tu. 😥😥
ReplyDeleteSalam Raamdhan...
ReplyDeleteselalu org nak untung ja kan , tak ingat Allah ...
ReplyDeletesaya pun dah jarang sgt nak beli kat pasar ramadhan...
selalu peniaga bubug byk sgt perisa nak kasi sedap :(
tahun ni berazam tanak g bazaar ramadhan.. nak masak sndri jek.. hee~
ReplyDelete