13 April 2017

Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Mengeluarkan makluman kepada orang ramai produk kosmetik yang tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan pihak berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. Produk ini semua adalah produk kosmetik mengandungi racun berjadual dan baham larangan. Kecoh sekejap laman sosial dek produk kosmetik mengandungi racun berjadual ni. Mungkin yang kecoh-kecoh tu sebab produk tu diorang guna atau jual... kot!

Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017
Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017

Itulah... Jangan cepat percaya dengan segala macam pengiklanan yang di gembar-gemburkan. Siasat dan kaji dulu. Aku paling tak percaya yang mengatakan seawal 7 hari dah cantik. Apatah lagi yang mengatakan seawal 3 hari pulak tu. Dari situ dah boleh agak ada sesuatu yang tak kena. Mana ada yang boleh bagi kesan yang cepat kecuali bahan-bahan itu yang elok sekejap tetapi memudaratkan kemudian hari.

Aku ada jiran rumah lama aku dulu. Dia memang asyik bermekap senantiasa. Memang jadi ratu diva di kawasan kejiranan aku tu. Cantik, putih dan macam telur di kupas muka dia. Awal tahun ini aku ada terjumpa dia. Dia macam nak elakkan diri dari jumpa aku. Aku pulak terkejut tengok muka dia. Tak macam dulu dah... Muka dah berjeragat teruk nampaknya. Aku rasa ini mesti kesan produk yang dia pakai. Ngeri pulak aku di buatnya. Mana perginya wajah dia yang mulus dulu tu...?

Biarlah aku jadi diri sendiri. Tak dapat kulit wajah cantik halus mulus pun tak apa. Pakai produk kecantikan yang murah-murah sahaja orang macam aku ni, Apapun korang kenalah berhati-jati dan gunakan produk yang boleh di percayai sahaja tau... Ini senarai produk larangan dan mengandungi racun berjadual yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan :

Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017


Nama Barang                                               Racun Berjadual Yang Di Kesan

1.  Moleek Day Cream                                 Merkuri  

2.  Adel Miracle Flawless Serum                 Merkuri

3.  Ah Beauty Night Cream                          Merkuri

4.  NDZ UV Whitening                                Hydroquinone

5.  Snow Cream Normal                               Hydroquinone dan Tretinoin

6.  Snow Cream Sensitif                               Hydroquinone dan Tretinoin

7.  Dinars Nar Cream                                    Hydroquinone dan Tretinoin

8.  Elfie Night Cream                                    Hydroquinone dan Tretinoin

9.    Tati Skincare Night Cream                     Hydroquinone dan Tretinoin

10.  Tati Skincare Treatment  Cream             Hydroquinone dan Tretinoin

11.  Moleek Anti Pigment Cream                  Hydroquinone dan Tretinoin


Lihat dan periksalah sendiri. Adakah produk kecantikan korang tersenarai dalam tu. Kalau ada, sila lah buang. Aku membayangkan.... dah rugi duit lepas tu dah risau takut muka rosak pulak dah. Ada produk yang di kenali ramai dalam tu juga. Selalu ada tersiar iklannya dalam tv. Walau hanya 1 produk sahaja tersenarai, produk lain tu pun aku dah rasa was-was juga. Cara terbaik kena buang satu set...  Nasib baik tak terfikir nak pakai produk tu walau dah pernah belek-belek di kedai.

p/s : Hati -hatilah wahai korang semua. Jangan kerana mengejar wajah cantik, terlupa nak tengok dan siasat bahan-bahan dalam produk yang di gunakan.

#kredit SINI     
                    

1 comment:

  1. Alhamdulillah, sy x pernah guna produk yg disenaraikan. Menakutkan 😱 Padahal Dnars femes selalu keluar di tv. Nasib baik tak terpengaruh dengan kawan yg fanatik guna produk tu 😨

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...