02 April 2017

Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...

Suatu pagi yang sejuk suam-suam... Matahari baru mengintai di balik dedaunan kehijauam. Disebabkan hujan subuh tadi, butiran air di dedaunan berkilauan bak mutiara. Sepasang kelicap mencari madu bunga  di pohon jambu di tepian rumah. Dedaunan kehijauan bergemersik di puput bayu pagi. Indahnya pagi waktu tu...

Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...
Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...

Aku terkenang kisah di kampung halaman aku dulu. Ada pepohon jambu air di halaman rumah waktu tu. Bila musim jambu berbuah... banyak burung, rama-rama dan serangga datang bertandang di halaman. Bila pokok jambu dah tua, lagipun nak membesarkan rumah, pokok jambu tu pun ditebang. Hmmm...tinggallah kenangan.

Terkenang cinta pertama waktu tu... Pertama kali lah katakan, kiranya cinta monyet kot. Tapi waktu tu aku bukan budak2 lagi. Dah remaja belasan tahun. Zaman persekolahan yang waktu tu ingat nak berseronok sahaja. Hilang dan pergi pun tanpa salam perpisahan. Putus begitu sahaja di bawa waktu yang berlalu.


Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...


Itulah catatan pujangga cinta yang telah pupus ku tinggalkan lama dahulu. Bagai sebuah lagu lama yang sering aku terkenangkan. "Dari sebuah desa berbekal gitar tua datang ke ibukota ...."  tapi tak adalah ku bawa gitar pulak. Bawa sebekas beg pakaian. Lagu penyanyi lama Dahlan Zainuddin... hehe!

Waktu tu mana ada telefon canggih bagai ni. Tinggal di perantauan... sesekali hantar surat ke kampung. Masa tu, kalau ada hubungan cintan-cintu jarak jauh ni memang sukar nak menjadi. Telefon rumah pun keluarga aku tak ada zaman tu. Masa tu telefon rumah pun sudah di anggap barang yang sukar di dapati di kampung aku. Huh...!

Zaman dah berlalu, sekarang ni telefon satu sorang. Nak bersembang, nak bercakap di mana-mana saja pun boleh. Lebih-lebih lagi boleh bertanya khabar melalui whatssap dan telegram... Telegram ini buat aku musykil juga ni... Dedulu ada telegram tapi ia hanya sebuah surat pendek. Kalau nak buat telegram waktu tu... kena buat yang seringkas yang boleh sebab setiap huruf itu ada harganya. Mahal jugalah.. Itulah, kini ada telegram cara baru... hmmm!

Hari ini merepek dan merapu bagai aku sebab idea tumpul nak menulis. Terkenang cerita dan cinta lama pulak dah... Kisah dulu yang terpahat di hati, buat aku  tersenyum sendiri dan kini akan meneruskan kisah kehidupan seadanya. Apalah yang ada... di perantauan kini dan selamanya... hurm!

Dah selalu buat cerita merepek bagai ni... hihi! Nak baca cerita lagi klik SINI

p/s : Menyampah membaca tulisan sendiri... dah tak ada idea.. heh!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...