06 March 2017

UITM, Kolej Melati.... Selamat Datang !!!

Dah selamat sampai dan buat pendaftaran di UITM, Kolej Melati..... 4 Mac 2017. Akan belajar di sini selama 2 tahun, insya'allah. Dan aku akan selalu menerjah ke Kolej Melati ni untuk hantar dan ambil anak perempuan ku ini nanti. Akan jadi kebiasaan la nanti pada aku. Dulu-dulu biasa juga masuk UITM ni, bila ada expo atau karnival besar... meniaga masa tu.

UITM, Kolej Melati.... Selamat Datang !!!
UITM, Kolej Melati.... Selamat Datang !!!

Sampai di UITM tu awal juga sebab anak dah berjanji dengan kawannya nak dapat bilik bersama. Jalan agak sesak tapi taklah terlalu ramai. Tapi puas menunggu dalam sejam baru kawannya sampai. Penat, dapat tempat letak kereta jauh atas bukit. Kolej pulak kat bawah bukit. Puaslah turun tangga kat tepi kolej tu. Nasib baik dapat bilik di tingkat 1 je....

UITM, Kolej Melati.... Selamat Datang !!!


Ramainya keluarga yang datang menghantar anak... yang nak masuk sorang, yang menghantar penuh satu kereta. Ada tu penuh satu van... macam rombongan meminang le pulak... Ya tak? Aku dengan en. suami pergi berdua hantar tadi..... adik-adiknya tak ikut. Ramai yang datang dari jauh... sempat berbual sekejap dengan beberapa orang ibubapa. Ada dari Perlis, Kedah, Terengganu.... jauh diorang datang. 

UITM, Kolej Melati.... Selamat Datang !!!
UITM, Kolej Melati.... Selamat Datang !!!

Itulah, yang datang menghantar tu sanggup menempuh perjalanan jauh dan mesti sangat berbangga apabila anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga anak-anak ini akan berjaya di masa akan datang, dalam bidang yang mereka ceburi. 

Anak aku ni ambil bidang kewartawanan. Nama pengajianya Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan. Tak taulah setakat mana kecenderungannya untuk menulis. Ajak bersama-sama buat blog "hangat-hangat tahi ayam' je. Tak larat nak suruh dah... Ini dia dah sibuk belajar, tengokkan ajelah, bukan boleh di paksa...

Baca tentang ini lagi di SINI

p/s : Balik dari UITM, ingat nak menyelesaikan masaalah di Maxic Centre di Klang... Sebal betul rasanya, masa tu lah system diorang down pulak....buang masa betul :(


4 comments:

  1. Tahniah utk anak Kak Akma... Belajar rajin2 ye

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat anak akak..
    semoga cemerlang dalam pelajaran..

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Saya pun belajar kt UiTM Shah Alam.

    ReplyDelete
  4. kawan elsa ada jugak dekat situ hehe. apa apa pun tahniah untuk anak akak dan semoga berjaya dalam hidup tau :* belajar elok elok awak hehehe

    singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/pops-eatery-wangsa-maju.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...