Akhirnya dapat juga aku pergi shell out makan di luar. Puas jugalah pujuk en. suami makan shell out di My Story Cafe, Kota Kemuning tu. Dulu pernah buat sendiri shell out di rumah dengan anak-anak tapi tak sama dengan makan di kedai. Bila di rumah tak banyak jenis lauknya. Jadi, kelmarin aku menjamu selera ber... shell out di My Story Cafe, Kota Kemuning, Ala.... di Shah Alam jer, tak jauh dari rumah aku di seksyen 24 ni. Berkereta tu 20 minit dah sampai. Jalan kaki jadi jauh le... hihi!
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin..... |
Keterujaan tu tak adalah sangat tapi keinginan yang aku pendam tu dah lama nak makan cara shell out selambak atas meja. Lepas tu pernah tengok dan baca pasal shell out di situ. Di sebabkan sangat dekat dengan rumah, itu sebab aku pilih tempat ini. Lagipun dengar cerita blogger macam sedap jer. Apatah lagi minggu sebelum ni aku tengok cerita tentang My Story Cafe ni di rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 minggu lepas. Itu yang keinginan memjadi-jadi..
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....
Nak cari waktu semua anak-anak dapat berkumpul sekali tu pun satu cabaran juga, Ini disebabkan dua orang anak aku belajar di IPT dan tinggal di kolej universiti. Kelmarin dapatlah aku merealisasikan rancangan ini. Berkumpul la kami sekeluarga makan di sana hari tu. Seronok bila satu keluarga berkumpul dan makan bersama-sama tau. Meriah dan gembira anak-anak aku.
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin..... |
Masakan di cafe tu okeylah sedap dan menepati selera orang kita. Untuk kami sekeluarga yang jenis makan pedas tahap tinggi punya, kepedasannya langsung tak terasa. Tapi untuk orang berniaga, kepedasan begini sesuai untuk semua golongan. Selain tu semuanya sedap dan menyelerakan. Anak-anak aku suka dengan keenakan sambal ketammya yang menyelerakan.
Aku ucapkan terima kasih dengan pemilik My Story Cafe, Tuan Hasrul atas layanan yang baik dan sangat peramah. Terima kasih juga atas diskaun untuk blogger dan side dish ikan siakap sweet sour yang di berikan. Kalau tak jadi blogger mana nak dapat nih.... ya tak?
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin..... Bergambar dengan tokeh kedai :) |
Sesiapa yang bercadang nak bershell out di sini boleh klik SINI untuk lebih info tentang tempat ni, Juga boleh klik SINI untuk baca cerita keinginan aku nak makan shell out sebelum ni. Dah merasa bershell out di My Story Cafe... tak payahlah berangan-angan lagi. Kalau ada rezeki blogging lagi, bolehlah aku datang ke sana lagi... huhu!
p/s : Tak leh lupa, lepas salam dengan tokeh kedai,, en. suami lupa nak buat bayaran,... cepat-cepat aku panggil balik, ingat makan kenduri ke... hahaha!
brapa harga shell out kat situ sis
ReplyDeletebest shell out nie. elsa selalu bawak ibu je sebab elsa tak makan pun barang2nya. elsa pandang ayam jeh hahaha
ReplyDeletesinggah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/10-perkara-tentang-apple.html