30 March 2017

Perbankan Internet, Satu Keperluan Untuk Pembelian Online

Ramai yang dah tahu tentang perbankan internet. Tapi masih ramai yang tak menganggapnya satu keperluan. Rasanya mereka tahu, perbankan internet ini menawarkan cara yang lebih mudah dan cepat untuk membuat urusniaga perbankan. Mungkin mereka merasakan ia adalah perkara yang leceh. Rugilah kalau macam tu. Jom daftar di institusi bank anda dan anda boleh membuat menjalankan urusniaga di mana-mana sahaja.

Perbankan Internet, Satu Keperluan Untuk Pembelian Online
Perbankan Internet, Satu Keperluan Untuk Pembelian Online

Di waktu kini, laman web yang menawarkan barangan dan jualan online tumbuh bak cendawan selepas hujan. Semua laman web tersebut menerima bayaran terus dari bank anda sekiranya nak membuat pembelian. Ada antara laman web tersebut menawarkan lebih tawaran sekiranya membuat bayaran ke bank-bank yang di senaraikan. 

Sekiranya tiada perbankan internet, anda perlu pergi ke bank untuk memasukkan sejumlah wang untuk pembelian. Menyusahkan dan kadang-kadang anda terlepas untuk membeli barangan tersebut atas kelewatan membuat bayaran. Ini antara salah satu contoh masaalah kepada sesiapa yang masih tidak mempunyai perbankan internet.


Perbankan Internet, Satu Keperluan Untuk Pembelian Online


Selain itu, banyak lagi sebab yang memastikan  perbankan internet ini adalah satu keperluan masa kini.  Banyak urusan boleh di permudahkan dengan cara ini. Antara urusan dan pelbagai perkara yang boleh anda buat dengan perbankan initernet ini adalah :

- Membayar bil seperti elektrik, air, telefon, unifi, astro, penyelenggaraan dan segala macam bil yang ada. Tak perlu beratur menuggu giliran dan mencari masa yang sesuai untuk membayar bil.

- Membuat pemindahan wang di antara akaun (milik sendiri atau pihak lain) juga kepada sesiapa sahaja yang di inginkan. 

- Menyemak baki akaun dan penyata akaun bila- bila masa saja.

-  Membuat pembelian dan jualan online hanya di hujung jari sahaja. Seperti yang di terangkan terlebih dulu di atas.

Ada ke yang masih tak berani menggunakan perbankan internet ini?  Seperti sistem-sistem lain, penggunaan perbankan internet mesti ada sedikit  risiko. Walau bagaimanapun, tahap risiko boleh diminimumkan melalui pemeriksaan sistem keselamatan secara berterusan oleh institusi perbankan dan sikap berhati-hati anda apabila menggunakan perkhidmatan perbankani nternet.

Antara bank yang paling popular membuat perbankan internet ini adalah Maybank dan CIMB yang boleh di akses dengan maybank2u dan cimbclik.  Untuk para peniaga online, perbankan internet ini sangat memberi kemudahan kepada mereka. Boleh buat urusan bisnes online dengan lebih pantas. Takkan sekejap-sekejap nak check di mesin atm kannn.....

Selain itu mengelakkan ditipu pembeli palsu yang tidak bertanggung jawab. Zaman IT ni ramai penipu yang sudah bijak menggunakan internet. Ada yang menggunakan slip ATM yang direka sendiri dan beritahu sudah membuat pembayaran. Tapi duit memang tak masuk-masuk pun. Justeru ia memastikan urusan perniagaan lebih lancar, jadi proses pembelian produk oleh pelanggan berjalan dengan lancar dan terurus.

Sekarang ini lagi mudah...  urusniaga perbankan internet ini boleh di buat melalui telefon. Hanya masukkan aplikasi bank di telefon pintar anda. Jadi, semua urusan boleh di buat semudah a, b, c, di hujung jari sahaja. Nak baca lagi... klik SINI

p/s : Rimas dengan alasan orang yang nak beli barangan... Bila nak bayar beritahu tak sempat nak pergi bank, mesin atm rosak dan macam2 lagi. Kalau gunakan  perbankan internet, kan senang.... :(


2 comments:

  1. memamng mudah menggunakan mobile internet banking. cuma bila perlukan duit tunai kena mengadap ATM gak!

    ReplyDelete
  2. memang teramat mudah ada perbankan online di zaman sekarang ni

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...