12 March 2017

Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!

Seperti di katakan.... selepas join segmen Hasrul Hassan, jadi Hasrul Hassan buat trafik blog aku ni mencanak meroket sekejap semalam. Sekejapppp jerrrr! Jadilahhh gittew...! Seronok tengok blog aku tu mencecah ke puncak awan walau jauh lagi nak ke langit ketujuh.... (melampau beno ayat power aku ni... hihi!) Terujalah katakan. Tak apalah.... janji merasalah Hasrul Hassan buat trafik blog aku naik meroket sekejap.

Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!
Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!


Blog aku ni seperti kebiasaannya adalah blog yang suam-suam kuku je walaupun dah 5 tahun aku buat blog ni. Jangan tak ada pengunjung sahaja..seciput. Baru beberapa bulan inilah dapat ratus-ratus. Itupun sejak join  satu group blogger. Sejak itulah baru aku tahu macam mana nak gunakan keyword dan seo. Sebelum ni aku memang blurr tentang keyword dan seo tu... Puas memikirkan apa yang nak dilakukan dengan perkara ni. Sekarang aku dah tahu... Apapun aku kena terus belajar nak menjadikan blog aku ni naik ribu-ribu pulak.

Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!


Blog aku naik meroket semalam pada pukul 9 pagi... Lepas tu macam biasa balik la... hurm!. Tak apalah. Nanti nak terus godek blog Hasrul Hassan untuk tau lebih banyak tentang blog. Memang selalu sangat aku ambil ilmu blog dari blog Hasrul Hassan ni. Banyak ilmu-ilmu blog yang bermanafaat yang dapat aku pelajari. Tapi otak aku ni lambat sikit nak hadam, kena perlahan-lahan. Almaklum orang lama, otak pun dah berkarat dan berkulat....

Dulu masa baru-baru buat blog aku main hentam saja, tulis apa yang aku suka dan fikir. Tak pernah ambil tahu pasal kehendak google. Sekarang baru aku tahu... penulisan mesti ada isi. Tak boleh copy paste entri orang lain. Nak ikut sikit-sikit tu boleh tapi buat ayat sendiri. Itulah dah aku cuba praktikkan. Menjadi jugak tuh... bila di praktikkan selalu.

Dah adalah kemajuan aku berblog nih..... Tambah lagi dah merasa trafik blog mencanak naik meroket gittew.... dapatlah unique visitor 932 semalam.  Dan pageview pula dapatlah 2191 semalam. Jarang sangat blog aku dapat macam ni....2k tuh...!  Canggih betul cara Hasrul Hassan nih! Nak belajar buat macam ni hari-hari, boleh...? hahaha!

Lintas langsung dari blog huhahuhajer,com

p/s: Aku dah tak bermimpi lagi, dah meroket dah...!


9 comments:

  1. Tahniah trafik dah meroket ..CCL doakan hari ke hari trafik blog akn terus meroket lagi

    ReplyDelete
  2. wahh..thniah, unni tak sempat nak join ... moga terus meroket

    ReplyDelete
  3. wah tahniah! meroket betul! hehehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah sis! memang tinggi sangat tu hahaha

    ReplyDelete
  5. memang segmen nie sgt membantu...

    ReplyDelete
  6. Tahniah!! Bestnyaaa. saya tak sempat nak join.

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa bila PV meroket ni kan? Kalau boleh meroket tiap2 hari, lagilaa tersenyum lebar. :D

    ReplyDelete
  8. Wahh tahniah Akma, memang meroket btul... =) Semoga terus ceria dalam dunia blogging..

    ReplyDelete
  9. hai dear..bestnyaa banyak traffic

    jemput join segmen blog saya
    http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html
    ada giveaway untuk 3 blogger bertuah =)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...