Semalam en. suami dah pergi ambil Kad Peduli Sihat Selangor dalam sebuah majlis anjuran DUN Batu Tiga Shah Alam. Kad Peduli Sihat Selangor ini di serahkan oleh YB Rodziah Ismail selaku ADUN Batu Tiga, Shah Alam. Dengan ini kad dah boleh guna dah di lebih 50 buah klinik swasta di Shah Alam. Mungkin di seluruh Selangor menjangkau seribu lebih klinik lagi, Yang aku dapat list ni di Shah Alam saja.... hihi!
Dapat Kad Peduli Sihat Selangor.... Dah Boleh Guna! |
Bagus sangat la tu.... Kalau aku atau anak-anak sakit demam biasa, tak perlu lagi aku nak berkampung di klinik kesihatan yang dekat setengah hari menunggu giliran. Letih dan lelah menunggu tak terkirakan dibuatnya. Pergi klinik swasta sahajalah... kan! Cuma sekali bayaran RM50 sahaja. Kalau caj rawatan lebih RM50, tambah sendiri..... bolehlah tu.
Dapat Kad Peduli Sihat Selangor.... Dah Boleh Guna!
Sesiapa yang nak Kad Peduli Sihat Selangor ni, boleh muat turun borang di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau nak lebih mudah ambil di pejabat DUN (Dewan Undangan Negeri di tempat masing-masing. Dah isi borang, hantar kembali ke pejabat DUN di daerah masing-masing. Oh, ya... pada sesiapa yang nak memohon, boleh tengok syarat-syarat ini :
Kategori A
Satu keluarga boleh mendapat satu Kad Peduli Sihat dalam kategori A yang hanya boleh digunakan untuk pemegang akaun utama dan satu keluaga.
Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai sejumlah RM500 setahun dan boleh digunakan RM50 untuk sekali rawatan.
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan
Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk suami atau isteri dan anak-anak mereka yang berumur bawah dari 21 tahun
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM3000 sebulan dan ke bawah
Kategori B
Untuk makluman, kategori B pula adalah untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas.
Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM200 setahun dan digunakan RM50 untuk sekali rawatan
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan
Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk individu yang berumur daripada 21 tahun ke atas
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM1500 sebulan dan ke bawah
Untuk sesiapa berkelayakan dan yang belum mendapatkan Kad Peduli Sihat Selangor, cepat-cepatlah memohon dan mendapatkan kad ini. Banyak sangat manafaat dan faedah yang boleh di perolehi. Rugi kalau tak dapatkannyan... PEDULI SIHAT... hanya di Selangor sahaja tau!
Cerita isi borang Peduli Sihat aritu.... klik SINI
p/s : peace ^^!
bagus kad ni..untung rakyat Selangor
ReplyDeleteRakyat Selangor banyak da kena jual tanah banyak kena gadai buat pembangunan utk orang luar... bahagian mane yg untung tu?
ReplyDelete