Baru-baru ni aku diperdengarkan sebuah lagu seram dari seberang. Perasaan aku apabila mula-mula mendengar lagu ni memang meremamg bulu roma. Apatah lagi waktu tu dah pukul 12 malam. Anak bujang aku la punya hal... nak menakutkan adik-adiknya. Aku suruh tutup je la sebab dah lintang pukang diorang lari masuk bilik ketakutan bila mendengar lagu seram dari seberang ni.
Cerita Lagu Seram Dari Seberang... Memang Menggetarkan Jiwa Raga! |
Esoknya aku cari tau tentang cerita lagu ni dan terus google di internet. Rupanya ini kisah misteri lebih 10 tahun dahulu yang masih tak terungkap. Kisahnya seorang penyanyi Indonesia ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006. Namanya Alda Risma yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.
Lebih kurang ceritanya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel. Tak pasti sama ada mati bunuh diri atau dibunuh. Yang pasti, mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik buat post mortem mayat dia, didapati dia dah mati 7 hari. So...siapa pulak yang pergi rekod lagu tu??? Lagu tu pulak tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun tak tau dari mana datang lagu ni... Memang misteri betul... kan!
Cerita Lagu Seram Dari Seberang... Memang Menggetarkan Jiwa Raga!
Korang tengok pula lirik lagu ni....
Malam sunyi kusendiri
Nak dengar lagu ni.... boleh cari di youtube dengan tajuk 'menanti kekasih aldarisma'. Melodi lagu ni memang menusuk jiwa dan sedap di dengar. Elemen seram tu saja yang menakutkan sikit. Jadi, di ingatkan jangan dengar lagu ni di waktu tengah malam dan pada yang lemah jantung tu tak payahlah dengar. Seram dan meremang bulu roma dibuatnya... siap dengan elemen gelak ketawa yang sungguh menggila.... hihi!
Aku berfikir secara positif. Bila diamati dari gelak ketawa dalam lagu ni nampak macam di buat-buat dan di hujung ketawa tu macam ada nada tangisan. Mungkin dia ni dah patah jiwa dan nekad pada masa tu. Sungguh kesian dia pada waktu tu... Ya Allah! Apapun yang baik itu datangnya dari Allah subhanawata'ala... Yang buruk tu datang dari kita insan yang lemah dan tidak berdaya. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara yang keji dan mungkar... aminnnn!!
Nak baca cerita-cerita aku lagi.... klik SINI
p/s : Cerita misteri ini mempunyai pelbagai versi yang masih tak terjawab....
Tak pernah dengar lagi lagu ni.. Nak try dengar la... Huhu
ReplyDeleteLagu2 seram macam ni la yang selalju jadi hits nanti ni.. Tak berani pula nak dengar, baca lirik dah seram ni
ReplyDeleteAlda risma ini seorang penyanyi di Indonesia. Beliau sudah meninggal dunia akibat overdose (kata dari wartawan Indonesia). Meninggalnya amat misteri. Katanya lagi, lagu ini keluar setelah Alda Risma meninggal dunia. Pembantunya pun tidak tahu siapa yang terbitkan lagu ini. (saya hanya membaca dan mendengar dari program bual bicara SILET di Indonesia.
ReplyDelete