21 March 2017

Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan Berkesan...

Aku jumpa satu cara untuk buat sendiri racun rumpai ni di FB. Elok sangatlah tu bila memikirkan racun rumpai yang biasa jual di pasaran tu memerlukan beberapa langkah keselamatan untuk menggunakannya, Juga faktor penyimpanan pun kena teliti dan betul... bahaya! Bila buat sendiri racun rumpai ni, begitu senang dan mudah jadinya. Bahan-bahan pun dari jenis yang biasa ada di rumah
Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan berkesan...
Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan berkesan...

Caranya, hanya memerlukan cuka masakan. Cuka masakan yang biasa di gunakan untuk memasak tu. Jangan guna cuka getah pulak tau. Campurkan sebotol cuka masakan  dengan 4 - 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kena agak banyak mana nak di gunakan cuka masakan dan cecair pencuci pinggan tu. Kalau kawasan yang kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan tu. 

Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan lalu  isikan dalam alat penyembur. Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin di hapuskan. Lebihan cuka boleh di buat asam untuk sambal belacan atau masak cuka dan lebihan cecair  boleh buat cuci pinggan la... hihi!

Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan berkesan...


Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak serasi  kepada kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan ini  pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut. Oh yer.... tak perlu campur air tau. Nanti tak berkesan pula.

Seminggu kemudian, semua rumput akan mati. Bolehlah dikemaskan rumput-rumput dengan mencangkulnya. Rumput pun jadi senang di cabut sebab dah kering dan mati sepenuhnya. Senang sangat kan! Tak perlu lagi guna racun paraquat yang merbahayakan alam sekitar. Dengan menggunakan bahan-bahan asas di rumah, dah boleh meracun rumput dan belukar.

Di ingatkan juga jangan meracun rumput-rampai tu pada musim hujan pula. Agak tak berkesan pula jadinya sebab racun pada rumput-rampai tu dah di basahi air hujan. Seeloknya buat operasi penyemburan racun ini pada musim panas dan kering. Barulah dapat kesan yang optimum.

p/s : Aku tengah fikir nak gunakan cara ini di tapak projek rumah aku nanti.....

8 comments:

  1. Dah lama cari tips ni.. rumput belakang rumah saya dah macam hutan belantara dah....

    Nak potong, risau pula ada haiwan2 liar :D

    ReplyDelete
  2. Hye..rasanya kena betulkan ayat ni.

    Campurkan sebotol cuka getah dengan 4 - 5 sudu..

    hehehe..bahaya tau cuka getah tu..hehehhe

    ReplyDelete
  3. Mmg berkesan... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Mmg berkesan... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Nak kena campur air ke tidak?

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...