02 February 2017

Tanam Sayur Dalam Pasu, Sesuai Untuk Rumah Teres Dan Apartmen...

Sekarang, hampir semua orang merungut tentang barang mahal. Daripada terus merungut, lebih baik berusaha mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaaan. Salah satu caranya adalah menanam sendiri sayur-sayuran. Untuk yang tinggal di bandar boleh tanam sayur dalam pasu. Sesuai untuk yang tinggal di rumah teres dan apartmen dan rumah yang tidak mempunyai ruang dan tanah. Tak semestinya tanam sayur dalam pasu, boleh juga menggunakan bekas seperti botol plastik dan polibeg.

Tanam Sayur Dalam Pasu, Sesuai Untuk Rumah Teres Dan Apartmen...
Tanam Sayur Dalam Pasu, Sesuai Untuk Rumah Teres Dan Apartmen...

Bercucuk tanam atau berkebun boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila melihat perkembanganya setiap hari. Apatah lagi bila dibuat bersama anak-anak. Boleh jadi subjek pembelajaran juga bagi mereka. Melihat dari biji benih menjadi tunas dan seterusnya tumbuh menjadi pokok memang mengujakan. Apapun yang penting ada, adalah sedikit semangat dan kerajinan untuk berkebun...

Tanam Sayur Dalam Pasu, Sesuai Untuk Rumah Teres Dan Apartmen...


Ini beberapa tip yang kita perlu tahu untuk memulakan penanaman...

Tempat
Sudah pastinya tanaman memerlukan cahaya matahari. Jadi, letakkan di tempat yang dapat menerima cahaya matahari secukupnya. Jika di apartmen, letakkanlah di  balkoni atau di tepi tingkap.

Jenis Tanaman
Pilih jenis yang mudah dan senang tumbuh. Contoh mudah iaitu kangkung dan bayam. Bila dah berhasil, bolehlah mencuba dengan tanaman yang lain pula. 

Penyiraman
Pastikan tanaman mendapat air yang secukupnya. Juga pastikan tiada air bertakung pada bekas dengan memastikan bekas tanaman  mempunyai lubang dibawahnya. 

Baja
Pembajaan penting untuk tanaman di dalam bekas.Selalu berikan tanaman dengan baja secara berkala. Siraman air beras pun boleh di gunakan.

Media Tanah
Elok digunakan tanah hitam yang menggunakan campuran kompos, tanah bakar dan tanah pasir. Tanah seeloknya tanah peroi yang tidak berat dan kurang menyerap air.

Jangan tak cuba.... lepas ni kurang satu beban dengan tak perlu beli sayur-sayuran di pasar. Itupun kalau jadilah pokok-pokok tu tumbuh... hihi!

Nak baca lagi tentang tanaman... klik SINI

p/s: Selamat berkebun...!

#pic fr google

2 comments:

  1. Wah.. bagus ni... tanam dalam pasu letak kt depan pintu dapur. Kalau nk, bukak pintu dapur, petik je...

    Good sharing sis...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...