01 February 2017

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Jerawat yang sering tumbuh di muka memang mengerikan dan sangat menyakitkan. Wajah juga akan nampak hodoh dengan parut jerawat dan bintik-bintik hitam yang teruk. Rasa keyakinan diri akan berkurangan apabila bergaul dengan orang ramai. Ada petua hilangkan parut jerawat cuma menggunakan kulit kayu manis sahaja.

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Ini petua tradisional yang di warisi turun temurun dari nenek moyang kita. Cara yang senang, mudah dan menjimatkan. Bahan sentiasa ada di dapur rumah sendiri. Dengan amalan yang berterusan, wajah pasti akan bebas parut dan seterusnya bebas dari jerawat.



Cara untuk menggunakan kayu manis iaitu kulit kayu manis ditumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Serbuk itu hendaklah di sapu ke wajah. Biarkan selama 5 - 30 minit.  Bilas dengan air. Amalkan setiap hari. Insya'Allah parut dan kesan hitam akan hilang.

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis sememangnya bagus untuk perawatan wajah. Untuk menghilangkan jerawat, campurkan serbuk kulit kayu manis dengan sedikit jus lemon. Sapukan di wajah dan biarkan selama 20 - 30 minit. Cuci dengan air suam. Lakukan rawatan secara teratur. Maka, jerawat akan mengering dan hilang.

Untuk membuang sel-sel kulit mati, campurkan serbuk kulit kayu manis dengan minyak zaitun dan madu. Sapukan dan gosok perlahan keseluruh wajah. Boleh juga di sapu ke seluruh badan. Bilas seperti biasa. Kuli akan menjadi lebih lembut dan mulus dengan penggunaan kerap.

Itulah antara beberapa manafaat dari kulit kayu manis untuk kesihatan kulit wajah kita. Nak baca lagi serba sedikit tentang petua... klik SINI

p/s: Suka dengan bau kulit kayu manis, dan selalu buat air sirap kulit kayu manis, sedappp!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...