Kelmarin balik dari klinik kesihatan , aku naik bas percuma Smart Selangor no. 01 dari Hospital Shah Alam. Aku turun di Stesen Komuter Seksyen 19. Selepas tu ambil bas percuma Smart Selangor no. 03 untuk ke seksyen 24. Ada pula penumpang yang dah tersalah naik bas. Itu la, aku tulis cerita ni sebab ari tu aku kesian tengok ada yang dah tersalah bas gitu. Nak jadi sebab, tak nak buka mulut untuk bertanya. Kalau tak nak tanya orang lain, tanyalah drebar bas tu.
Bas Percuma Smart Selangor |
Ceritanya masa menunggu bas di Terminal Bas Setesen Komuter Seksyen 19, ada tiga orang tu, asyik tengok jam dan bercakap sesama sendiri yang diorang dah hampir terlewat nak pergi kerja. Aku dengar rasanya dia sebut nak ke SACC rasanya bila ditanya oleh seorang perempuan India separuh umur. Nak tak nak saja jawapannya. Bila drebar bas masuk dalam bas, berderet penumpang terus nak masuk ke dalam bas. Aku tunggu dulu, sebab bila bas di hidupkan enjin baru terpapar no. bas... 03, Jadi baru boleh naik. Tiga orang tu main redah sahaja.
Aku dah kehairanan dibuatnya, nak pergi mana diorang tu. Mungkin aku silap dengar kot. Diorang mungkin nak pergi kat kawasan komersial seksyen 18 agaknya.... Yelah, di mana lagi ada tempat membeli-belah dikawasan perumahan dalam laluan bas 03 ni. Bila bas melalui kawasan seksyen 18 diorang tak pula turun. Aku tengok diorang relak jer.
Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul... |
Tapi selepas melalui seksyen 17 dan patah balik memasuki seksyen 24, diorang dah mula resah, saling memandang sesama sendiri dan berbisik-bisik. Sahlah pada aku diorang dah salah bas. Terperasan aku dah tau situasi mereka, diorang tunjuk senyum kelat pada aku... hahaha! Tu ler, kena pastikan laluan dan no. bas. Mana boleh main redah jer walaupun bas percuma. Buang masa saja tapi kalau saja-saja nak ronda tak apalah yek.... hihi!
Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul...
Dari info yang telah aku dapat, di kawasan Shah Alam ni ada empat no. bas bermaksud 4 laluan. Bas no. 01, bermula dari Stesen Komuter Seksyen 19 melalui Balai Bomba seksyen 15, Dataran Shah Alam (berhadapan Plaza Alam Sentral), Bangunan SUK, pintu masuk Utama UITM, Kawasan kormesial seksyen 7, Hospital Shah Alam dan patah balik dari semua kawasan tu ke Stesen Komuter Seksyen 19.
Bas no. 03, bermula dari Stesen Komuter Seksyen 19 ke pusat komersial seksyen 18 melalui perumahn Seksyen 19 dan 18, lepas tu ke Terminal Bas seksyen 17 dan memasuki kawasan perumahan seksyen 24 dan seterusnya patah balik ke perumahn Seksyen 19 dan 18 terus ke Stesen Komuter Seksyen 19 kembali.
Bas no. 04 pula bermula dari Stesen Komuter Seksyen 19 ke klinik kesihatan seksyen 19, seterusnya ke pusat kormersial seksyen 20, ke hospital KPJ seksyen 20 melalui sekolah SRAI dan seterusnya kembali ke Stesen Komuter Seksyen 19.
Manakala Bas no. 02 agak berlainan sama sekali. Bermula dari Kompleks PKNS memasuki Dataran Kemerdekaan berdekatan Masjd Negeri, memasuki seksyen 9, Pusat Akuatik, Pusat Komersial Worlwide, AEON Mall, Giant Seksyen 13, Politeknik SSAAS, Stesen komuter Batu Tiga, Mutiara Subang dan lepas tu patah balik ke tempat-tempat sebelumnya.
Pening jugalah yer.... Aku kenalah kaji serba sedikit sebab nak menggunakan pengangkutan awam nanti. Aku ni nama je ada lesen memandu, tapi agak penakut nak bawa kereta. Lebih-lebih lagi sekarang ni en. suami ada van vannete je. Nak memandu macam mana la pulak .... rasa macam bawa lori je.
Aku bayangkan begini..... Dari rumah aku kalau nak ke Aeon Mall Seksyen 13. Ambil bas no. 03 ke Stesen Komuter Seksyen 19, ambil pula bas no. 01 ke Dataran Shah Alam. Jalan kaki sikit ke kompleks PKNS. Dan tunggu bas no. 02 ke Aeon Mall. Wahh.... 3 bas tu, penat juga nak turun naik bas ni... tapi kalau nak seribu daya...... percuma... jangan salah naik bas, sudah..... hehe!
Dah pernah cerita tentang bas percuma ni dalam blog sebelum ni.... nak baca klik SINI
Dah pernah cerita tentang bas percuma ni dalam blog sebelum ni.... nak baca klik SINI
p/s: Dah 2, 3 kali aku naik bas 01 dan 03 ni, dalam bas ada wifi percuma tapi aku pula jenis tak boleh membaca dalam kenderaan.... pening!
Smart bas ada wifi percuma. i baru tahu skang. mmg terbaik. :D
ReplyDeleteKalau dari sek 17 nak ke pkns naik bas nom berapa. Bas nom 3 ke?
ReplyDeletesaya duduk kat seksyen19 dan saya akan sekolah kat seksyen 24(1) utuk masuk form 6 tahun ini maka saya kena amik bas no.3 supaya sy sampai ke seksyen 24 la kan?
ReplyDeleteKalau dari terminal bas seksyen 17 nak ke aeon mall shah alam macam mana ye? Sy bukan orang sini jadi tk tahu😅
ReplyDelete