Melayari bahtera perkahwinan melibatkan penyatuan 2 insan yang berbeza
untuk
membina sebuah keluarga baru. Penting dari awal sekali pembinaan rumah tangga supaya suami dan isteri
tahu tugas dan peranan masing masing dalam memastikan rumahtangga yang
dibina penuh ceria dan kegembiraan. Supaya tidak menjadi penyesalan di
kemudian hari. Sekiranya anda mempunyai kenalan peguam syariah, tak
kisahlah ahli keluarga ataupun kawan kawan, mesti banyak kisah yang boleh
kita jadikan sebagai pedoman. Atau layari je
web guaman syarie
untuk banyak panduan menarik dari pengalaman sebenar peguam syarie di
Malaysia. Hakikatnya, menjadi suami isteri dan kemudian ibu bapa
memerlukan banyak ilmu. Dari
awal kita mengandung lagi, pendidikan anak anak lelaki dan perempuan sudahpun bermula. Sebab itu
ada ulamak silam, ketika ditanya bagaimana ibu dan bapanya mendidik anak
sehingga menjadi manusia Berjaya dunia akhirat, jawapannya sangat
menakjubkan. Pendidikan tarbiyah tersebut bermula dari diri ibu dan bapa
itu sendiri dari remaja. Nilai yang kita bawa dalam hidup akan diwariskan
kepada anak anak secara sedar dan bawah sedar.
|
Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah
S.A.W.
|
Pada usia kecil, sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan kata-kata
yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya dengan tujuan mendidik anak
kecil inj. Anak-anak dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun
jasmani mereka. Jadi, Bagaimanakah mendidik anak kecil yang kurang
daripada dua tahun agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal.
Bolehkan menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya...
Kadangkala kita jadi buntu apakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak
supaya mereka mudah dengar kata, menjadi anak yang baik dan tak mudah
melawan ibu bapa. Sebenarnya usia dua tahun adalah masa yang sangat aktif
bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan
mentalnya sedang meningkat. Situasi ini mesti dihadapi oleh setiap ibu bapa
yang mempunyai anak yang normal.
Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.
Sebagai ibu bapa Muslim, kita sangat disarankan mencontohi cara Rasulullah
S.A.W melayan kanak-kanak. Baginda sangat menyayangi cucu-cucunya Hasan dan
Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah
lain, kedua cucunya memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu
sujud demi menjaga kedudukan cucunya.
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik dalam mendidik anak. Pendidikan
ini pula tidak hanya di rumah, tetapi juga berlaku setiap masa. Di luar
rumah semasa kita melancong dan meluangkan masa berkualiti bersama anak
anak, kita dapat terapkan sunnah Rasulullah dan mendidik mereka solat
qasak dan jamak. Dan juga adab bermusafir. Bawa anak anak kita keluar
untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Berbaloi sangat tau, lagipun
Malaysia kita kaya dengan warisan sejarah dan keindahan alam semulajadi.
Contohnya jika kita melawat ke Melaka,
sambil sambil tinggal di homestay
tu, boleh la kita buat usrah selepas selesai menunaikan solat. Adalah
pengisian rohani untuk anak anak kita.
Setelah selesai solat, para sahabat bertanya mengapa terlalu lama baginda
sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah
menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi. Pengajaran yang diberikan
oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa
hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin
mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih
sayang.
Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur tujuh
tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat
maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan
Rasulullah S.A.W adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka
melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.
Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi
dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan
akhlak yang mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian
yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati
yang lemah lembut, budi pekerti mulia serta menjadi anak yang soleh dan
solehah.
Didiklah dengan cara berhemah dan ingatlah ibubapa adalah cerminan
anak-anak. Jadi jagalah perlakua, tingkahlaku, percakapan dan tabiat kita
sebagai ibubapa. Anak-anak kecil ini sangat mudah meniru dengan apa yang
kita buat dan percakapan kita. Ini pernah terjadi pada jiran aku.... apabila
anak kecil memaparkan tingkah laku ibu bapa di depan orang luar. Mana
nak letak muka ooi....
Itu je la tazkirah lebih kurang hari ini, nak baca tazkirah yang lain....
klik
SINI
p/s: Ingat mengingati sesama insan saudara seislam....!
#kredit: majalahpama.my
No comments:
Post a Comment