06 February 2017

Laptop Lambat Loading, sungguh menyeksakan...

Letih dah rasanya aku ni.... dek laptop  lambat loading. Kadang-kadang tu, dah naik lemas dengan situasi ni. Banyak kerja yang tak berapa nak menjadi di buatnya. Laptop.. oh laptop... dah bingung aku dibuatnya. Kerjaya macam aku ni memang memerlukan laptop yang elok. Kes laptop lambat loading ni sungguh menyeksakan... berjam-jam mengadap laptop, kerja tak siap jugak.

Laptop Lambat Loading, sungguh menyeksakan...
Laptop Lambat Loading, sungguh menyeksakan...


Bila di fikirkan balik, laptop aku ni dah berusia 7 tahun. Dah jadi barang lama dan sikit lagi nak jadi barang antilk. Dah pernah format 2 kali. Kali pertama format tu memang tip top. Kali kedua, beberapa bulan lepas amat menyakitkan hati betul. Bukan bertambah elok. Makin teruk lagi rasanya. Banyak program yang error dan macam-macam lagilah. Serik sangat bila terkena tu.

Laptop Lambat Loading, sungguh menyeksakan...


Teringin nak beli baru tapi apakan daya. Seboleh-bolehnya aku tak mau beli baru. Kalau dah terpaksa tu kenalah cari juga ongkosnya. Memanglah kalau nak berblog, guna telefon bimbit pun boleh. Tapi aku kurang gemar nak buat cara tu. Rimas sebab skrinnya sempit, menulis asyik silap dan rasa tak selesa. Aku suka ruang yang luas, tak sakit mata.

Lagi pun banyak benda tak boleh di edit dari telefon bimbit. Kena dapatkan laptop juga atau komputer biasa. Komputer biasa ada sebuah tapi lagilah antik. Lembab dan lambat jugalah tu. Monitor pun jenis seketul besar tu. Komputer tu boleh menaip dan main game untuk anak-anak je. 

Oh ya... nak baca tentang cerita servis laptop menyakitkan hati tu... klik SINI. Lepas ni aku kena memperlahankan langkah mengupdate blog, lebih-lebih lagi blog berniaga aku tu. Tak larat nak beria-ia sangat dah. Apa yang termampu ajelah.

p/s :  Semenjak dua menjak ni badan pun tak berapa sihat.... hurmm!

#pic fr google


3 comments:

  1. kena beli yang baru juga tu nampaknya, ada rezeki tu nanti. Memang tak gemar nak tulis blog pakai phone skrin kecik. rasa tak puas.

    ReplyDelete
  2. jgn buang, upgrade RAM dan tukar High speed HDD dan instal Win10. kos dalam 3,4ratus je.

    ReplyDelete
  3. laptop sy pun kdg lambat. huhu. geram jgk kadang. stress. huhu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...